Follow us

nah.. meh singgah!

Rabu, 30 April 2014

HUDUD : ANTARA KOMITMEN ATAU AGENDA POLITIK???

Perlaksanaan hukum hudud di Malaysia menjadi perbualan utama dan hangat dalam beberapa minggu ini.  Ia di war-warkan selepas negara jiran, Brunei Darussalam merancang untuk melaksana hudud bermula pada April 2014 secara berperingkat-peringkat. Saban tahun ia menjadi sebuah agenda parti politik antara yang tertua dalam negara kita iaitu Parti Agama Islam Se-Malaysia (PAS). Hudud yakni hukum yang diturunkan dalam Al-Quran daripada Yang Maha Berkuasa untuk panduan manusia lainnya bagi memastikan norma masyarakat terpelihara dalam kehidupan mereka.

SEJARAH PERJALANAN HUDUD

Marilah kita menyningkap sejarah hudud yang sibuk diperkatakan akhir-akhir ini. Hudud mula dijadikan agenda oleh kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Kita tahu dan sedia maklum hudud merupakan satu undang-undang yang dirakam dalam al-quran dan menjadi tanggungjawab kepada pemerintah untuk ditegakkan. Oleh yang demikian, Kelantan yang pada ketika itu membentangkan enakmen ini untuk diluluskan oleh DUN bagi mengambil tanggungjawab tersebut. Walau bagaimanapun, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan apabila Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutus surat kepada kerajaan negeri Kelantan yang diketuai oleh YB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz B Nik Mat yang memberi amaran kepada kerajaan negeri bahawa kerajaan pusat akan mengmbil tindakan kepada Kelantan jika hudud cuba dilaksanakan. Sejak daripada itu, Kelantan menerima sekatan berupa undang-undang daripada kerajaan pusat yang melihatkan enakmen tersebut menjadi satu lipatan sejarah pentadbiran negeri Kelantan. Dan hari ini ia dibangkitkan semula dan menjadi hangat apabila Kelantan cuba mengusulkan satu rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan undang-undang tersebut boleh dilaksanakan di Kelantan.

REALISTIK ATAU RETORIK

Dalam keadaan Malaysia semakin parah dengan kadar jenayah yang meningkat, samun menjadi satu perkara biasa dalam negara, kes pembunuhan merata-rata, rompakan dan kecurian, rogol dan sumbang mahram berleluasa, di samping pusat pelacuran berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan melihatkan bahawa Malaysia hanyalah sebuah negara Islam hanya pada nama sahaja. Undang-undang jenayah yang sedia ada tidak mampu membendung kadar jenayah yang kian membarah. Boleh dikatakan setiap hari kes jenayah berat menghiasi dada akbar utama negara. Perkembangan ini sangat tidak bagus bagi pembesaran anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Oleh yang demikian, hudud dilihat sebagai slaah satu penyelesaian maslaah yang bersifat komprehensif dan realistik. Bukan sahaja menjadi agenda utama PAS dalam manifestonya terutama di negeri Terengganu, hudud menjanjikan keamanan dan keharmonian negara yang melengkapkan konsep “baldatun toyyibatun wa robbul ghaffur”.

Hari ini, kita melihat PAS terus menerima asakan daripada rakan parti sendiri PKR dan DAP. Bebas mengeluarkan kenyataan bagi memperkecilkan usaha PAS untuk membawa dan memastikan RUU persendirian tidak menjadi kenyataan. Apabila ia akan dibentangkan di parlimen nanti, kita akan melihat Ahli Parlimen Muslim yang mana akan menyokong dan tidak menyokong bagi undang-undang tersebut dihasilkan. Ini menampakkan bahawa komitmen PAS untuk memastikan hudud terlaksana bukanlah agenda politik semata-mata, namun ia adalah rasa penuh tanggungjawab dan rasa kehambaan kepada Allah yang Maha Berkuasa demi menyelamatkan negara kita daripada kes jenayah yang kian membarah.

KONFLIK

Apabila sesuatu hasrat murni mahu dilaksanakan, maka akan terzahirlah penentangan yang berskala kecil dan besar. Jika dilihat penentangan terawal dalam arena politik tanah air, DAP yang diwakili oleh Mendiang Karpal Singh menyanggah PAS jika mahu melaksanakan hudud, langkah mayatnya dahulu. Ini adalah ketika suatu dahulu. Sudah lama. Kita sedia maklum Karpal adalah seorang peguam yang terkemuka. Dihormati kawan dan lawan. Jiwa mendukung undang-undang amat sebati dalam jiwanya hinggalah ke perjalanannya yang terakhir.  Penentangannya bukanlah bersifat menghalang tetapi kerana hudud tidak disebut dalam perlembagaan memandangkan taat setianya pada perlembagaan negara yang menjadi tulang belekang pentadbiran di Malaysia. Dan sebab itu dia begitu menentang apabila sesebuah undang-undang baharu mahu dibentuk yang tidak menepati perlembagaan yang didukungnya. Kita juga tidak hairan dan aneh kerana perkara biasa apabila rakan-rakan bukan muslim tidak menyokong enakmen hudud kerana enakmen ini bukan tertakluk kepada mereka, namun ia akan dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Walau bagaimanapun, sokongan daripada bukan muslim menanmpakkan dakwah bil hal yang selama ini dibuat telah pun menampakkan hasilnya.
Kita juga melihat UMNO yang dahulunya memperkecil-kecilkan usaha PAS dan menyatakan hudud akan menyebabkan orang akan kudung dan hilang tangan juga semakin baik mentaliti pemikirannya seperti yang ditunjukkan oleh segelintir ahli parlimen mereka. Keseriusan dalam membincangkan perkara ini jelas terzahir apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersetuju untuk menyokong RUU yang akan dbawa oleh Kelantan yang akan dipersembahkan melalui private bill yang bakal dikemukakan tidak lama lagi.

Sebagai seorang Muslim yang sihat akalnya, kita wajar menerima hudud dan menyokong usaha untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi. Siri penerangan hudud perlu dibuat oleh kerajaan dan kerjasama daripada pembangkang dan kerajaan mestilah disepadukan bagi melihat agenda ini dapat dilaksanakan. Hasrat perlaksanaan hudud ini bakal meletakkan Malaysia menjadi negara yang lebih selamat dan sejahtera serta mendapat keampunan daripada Allah seperti mana yang dijanjikan olehNya. Hanya tinggal kita sebagi hambaNya untuk percaya dan yakin janji Allah. Semoga negara kita dapat keuntungan yang besar daripada perlaksanaan hudud di Malaysia, insyaallah. Rahmat Allah yang kita cari, redha Allah yang kita impi.

MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Pelajar Master Komunikasi,
Universiti Malaysia Terengganu

Selasa, 15 April 2014

BELAJAR BIDANG LAIN>>>>>>>KERJA BIDANG LAIN. KAU RASA??

Assalamualaikum....
syukurnya masih boleh bernafas ketika menaip, masih boleh melihat dengan sempurna, masih boleh bergerak, masih boleh kemana-mana...
syukur Alhamdulillah....

Seminggu juga tak update blog,,,, bekejar untuk siapkan Bab 1 kajian master aku....
Pernyataan Masalah yang aku agak kelabu sedikit....
ermmmm....

semalam aku baca satu artikel tentang "graduan mesti bersedia bekerja di luar daripada bidang pembelajaran" keluaran daripada KPM sendiri.

Ya.
aku sangat setuju... sebabnya aku salah seorang daripadanya...

aku lulusan Sains. Program aku agak panjang namanya....
<<Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharan dan Pengurusan Biodiversiti)>>
3 tahun...
alhamdulillah selesai.... 
walaupun aku akui aku tak berapa skor untuk degree ni... 
tapi nak kata, memang kita kena bersedia daripada pelbagai sudut....
aku tengok kebanyakan kawan-kawan aku ada yang bekerja dalam bidang yang dia studi dan ada juga yang diluar bidang...

orang ada degree, dikenali sebagai pegawai, 
gred gajinya DG41... 
gaji seorang pegawai...

maklumlah, persaingan kerja semakin sengit. kita kena bijak merebut peluang.

"kalau kita tak pilih peluang tu, peluang tu takkan pilih kita"





ADA DUA KEADAAN GRADUAN

1. Graduan yang kerja dalam bidang yang dia belajar :
baguslah... korang boleh apply apa yang korang dah studi selama tiga tahun tu. Ia akan bantu kau dalam banyak perkara. Tambahan pulak kalau kau minatkan... memang boleh survive punya... skill ada, pengalaman ada, biasa yang degree ni kira macam otai la, sbb ada tempat kerja dia tak ada pun yang sampai ijazah, banyak diploma, bergantung kepada industri yang kau pergi...



2. Graduan yang bekerja dalam bidang lain selain daripada dia belajar :
yang ni memang agak mencabar, dah 3 tahun kau blaja tapi alih-alih kau kerja bidang plakkan... jadi nak buat macam mana? yela, dah apply kerja yang bidang kita tak kunjung tiba, yang apply main2 pulak yang dapat, gaji pun not bad. cukuplah nak lepas diri sendiri. sbbnya ada institusi yang tak kesah pun kau ada degree apa, yang penting kau serba boleh. Aku tengok kalau kau ada additional skill macam buat video, photoshop, lagi la orang nak amek kau bekerja. Macam aku, aku graduate bidang sains, dan aku dapat kerja bidang admin dan pengurusan. Jadi aku agak minat jugakla. Aku tak minta tapi dimurahkan rezki oleh Allah, orang offer. Jadi aku ambik tu sebagai cabaran aku. ALhamdulillah, setakat hari ni, bos puas hati kerja aku walaupun ada salah-salah sikit. Aku belajar banyak perkara daripada proses tu... TAPI.... adakah apa yang kau belajar dulu tak diguna pakai? Haa kat sinilah nak bezakan kau kreatif atau tak. Kalau kau dapat alter apa yang kau blaja dulu, merge dengan apa yang kau kerjakan, tu memang cantik beb.. Style... Inilah yang KPM maksudkan. Pengalaman aku jadi kategori kedua ni, boleh tahan la. haha. yang kedua ni aku hurai panjang sikit sebab kena dengan aku. kih kih kih...


3. Graduan yang tak buat apa-apa tunggu kerja bidang yang dia belajar.
Yang ni pulak kategori manja dan mungkin entahlaaaa... mungkin dia nak tolong mak ayah dia, nevermind, sangka baik... tak nak komen lebih-lebih. Sahabat2, hidup ni kan singkat. Esok lusa ke kuburlah kita. Kenapa kita tak pandang sesuatu masalah itu adalah peluang untuk kita timba pengalaman. Aku ada sorang kawan yang masih tunggu kerja di bidang dia, tapi sambil tu dia buat macam-macam. berniaga... Ada sorang tu kerja kat kedai Ogawa kerusi urut tu. tapi aku respek kat situlah dia timba pengalaman kerja. daripada duduk kat rumah perabihkan boreh yo... come on, pengalaman takkan sampai kalau ditunggu, ia perlu dibuat dan dirasa, akhirnya akan jadi kenangan. Pahit atau Manis, kita yang tentukan.

NASIHAT AKU

1. Lengkapkan lah diri korang dengan pelbagai soft skill macam aku sebut tadi. Aku dulu tak reti nak buat poster n banner, tapi berkat kawan aku ajar, hasil banner aku digunakan untuk letak kat tepi jalan masa musim pilihanraya 2013 baru-baru ni =)

2. Jangan cepat putus asa bila tak dapat tempat bekerja. Kita graduan yang aktif. Jangan pasif. Kerjalah apapun selagi mana ia halal untuk kita dan tak bertentangan dengan agama. Insyaallah, adalah balasan untuk kita.

3. Carilah pengalaman sebanyak mungkin. Sebab bila dah bekeluarga, pengalaman itu akan digunakan... 

Selamat Maju Jaya.
Semoga bermanfaat.

Rabu, 2 April 2014

WELCOME TO MY LIFE LENOVO K900

Alhamdulillah...
Semalam dapat jugak beli fon baru....
Sepanjang hidup aku 22 tahun ni....
2 bijik henset aku beli ori....
1 bijik 2nd hand....
Blackberry to aku rembat mak aku punya.. Dia bukan gheti pon nak pakai henset canggih2 ni.. Keh keh keh... Xpress Music aku beli kat kawan aku yang aku tak hingin pon nak kenal, alih2 dia duduk satu rumah dgn aku n jadi SU aku masa aku blaja dulu.. (adlyArif Yaya Toure) Perancangan Allah tak sebusuk hati kita.. Sempurna :-)

Lepas aku review kat internet dan tunggu gaji masuk, aku pun puas hati ambil lenovo k900...
Henset ni aku guna untuk belajar dan kerja...
Nak taip berita untuk bos...
Nak baca jurnal...
Nak main game gak....



Gajet ni memang penting dalam hidup kita...
Ia bukan jadi kehendak dah sekarang tapi keperluan....
Paling puas hati aku, bila guna iPad3.. 
Memang aku maximize dia punya penggunaan...
Dari skeecil-kecil kerja hinggakan sebesar-besar kerja...
Memang sangat membantu...

Aku dah review 10x kat youtube, 10x kat google..
Tambah tgok forum kat internet, tgok review orang...
Dekat seminggu jugakla aku onserve.. Akhirnya aku jatuh cinta dengan dia...
Kira aku boleh rumus mcm ni... Note 2----K900----Note 3

Btw, gila betul nak beli aset untuk hidup ni... 
Kalo gaji bapak besar boleh la tukar2 henset....
Aku tggu brapa bulan nak beli...
Bila dah cukup duit rasa sayang pulak nak guna duit...
Bukan apa wei...
Penat dol keje....
Titik peluh ko....

Ko dah keje ko tahu la...
Nak tunggu gaji masuk punyala seksa weyhhh,.
Hahaha.....

Apapun aku dah capai apa yang aku nak..
Alhamdulillah...
Kalau Tuhan tak bantu, memang tak delah kan..
Semuanya kuasa Dia belake lah....

Bila dah dapat duit kene manage dengan baik....
Aku memang tiap2 bulan aku planning bajet aku dan aku catat belanja aku dalam lap top...
At least, masa dah kawen nanti tengok amnede aku jadahkan duit keje aku kat tempat yang baik atau tak...
Lagi2 nak kawen...
So gaji lepas ni adalah untuk simpan kawen...
Aku simpan gak b4 ni, tapi tak maximize mana...
Insyaallah lepaih ni nak simpan utk kawengggg...



Gambar kat atas ni adlah jadual pengurusan perbelanjaan aku dan perancangan hidup samapilah dah bekeluarga nanti.. Cuma bajet kahwen tak ada lagi.. Kene tunggu jugak di sinuunnnn jugak.. Keh keh keh.... 

Insyaallah tak ada aral, tahun depan ada rezki untuk aku, panjang umur, Allah mudahkan kerja buat, kawenla habis master nanti... Jeles tengok kawan aku kawen awal..
Arggghhhh!!!!!!

Aku harap korang pun doakan lah kebahagiaan dan kesejahteraan aku... Aku pun doakan jugak.. Sama2 doakan, insyaallah... Doa sahabat2 dalam diam ni malaikat ameen.. Allah maqbulkan bereh lallu.....

Welcome to My Life K900 :-)

Ahad, 30 Mac 2014

TERENGGANU vs KELANTAN 11

Lama betul tak masuk stadium... Tengok bola....
Tak silap kali terakhir, tengok bola pada tahun 2005 di Bukit Jalil...
Zaman kegemilangan Selangor....

Semalam dapat peluang lagi...
3 tahun duduk Terengganu baru sekali masuk stadium tengok game....
Boleh tahan jugak suasana dia...
Walaupun stadium agak kecik, tapi bleh jugakla muat dlm 10k orang.....
Elok2 stadium besar ada, runtuh pulakkan.....



Orang jerit terpekik terlolong tu benda biasa....
Maki hamun pun ada....

Bila orang jual air lalu, menjerit macam nak mati..

Air air air air!!!!!!!!!!!



Masa rehat, budak2 kecil ramai jual keropok lekor, air, kacang dan kuaci. Tolong mak ayah diorang. Esok nak sekolah dah. Kesian jugak aku tengok kadang2. Hurmmmm....

Lepas tu kalau ada perempuan seksi n cantik lalu, diorang suit suitnya budak tu....
Bising jadinya...
Yang perempuan terkedek2 jalan buat muka masam mulut muncung konon tak suka..
Dah kau pakai ketat2 terbukak sana terbukak sini sape suruh?!
Poyo...

Tapi orang Malaysia ni memang tak ada sivik...
Penyokong boleh tahan jugakla dia punya supportive tapi makan buang sampah merata-rata....
Maki hamun...
Jerit-jerit.....
Payah jugak nak ubah benda tu...



Chant song Kelantan dan Tengganu best...
Gendang dia buat game jadi rancak...

Kalau di Malaysia team lawan lalu kat team lagi satu kene sorak kene booo....
Haha...
Ada  orang betting, contohnya dia pakai baju kelantan lalul kat penyokong terengganu. Habis satu staidum dia pusing, jadi bising satu stadium kene boo... Kalau di berjaya, orang bagi duit....
Boleh tahan la...

Tapi penyokong di Malaysia tengok bola macam dalam sangkar dalam penjara....
Ada besi..
Sebab dulu2 ada kes...
Penyokong mengamuk masuk padang...



Malam tadi FRU  pun ada..
Tapi, pengalaman nak tengok suasana je sebenarnya...
Seronok jugakla...
Seronok dapat spent masa dengan budak2 rumah...
Biasanya kami, spent masa sama2 time makan malam.. 
Tu pun kalau masak di rumah...

Ada jugakla kenangan....

"Peteh Ganu Peteh"
"Gomo Kelate Gomo"

Nak tunggu Melaka.....
Ermmmm...
Entahkan bila lagi......

GEGAU MELAKA GEGAU

Selasa, 25 Mac 2014

CATATAN HIDUP SEORANG POST-GRADUATE (keh keh keh keh...)

Nikmatnya belajar sambil bekerja sekarang... 

Fuhhhhh...

Pagi-pagi masuk pejabat.....

Siapkan urusan orang yang memerlukan...

Kadang2 buat fotoshop untuk program yang akan datang.... 

Tak menang tangan weii...


Petang pulak... Mengadap jurnal dan buku yang memang bukan bidang aku pun masa buat degree dulu.....

Jujurnya memang aku tak tahu satu benda habuk pun!

Tapi tak tahu la jadi tahu....

Baca baca baca baca dan baca...

Datanglah ilmu nanti....


Petang pulak main futsal...

Dapat jugak turunkan berat badan...

Kuarkan peluh...

Perut dah makin buncit....

Macam mana nak kawen ni perut dah naik...

Esok-esok kalau bini jaga lagi la sihat nanti....


Malam pulak sambung lagi blaja....

2 jam...

Siang 2 jam...

Malam 2 jam....

Semoga istiqomah...

Doakan aku istiqomah jugak K....

Jam 9pm sambung dengan kawan2 grup supervision...

Alhamdulillah, walaupun semua dah dewasa, tapi gua punya kowtim...

Pergghhhhhhh..... Sempoi...

SV kitorang pun...

Asal jumpa je bincang pasala study...

Bagi tips...

Memang dia membakar jiwa la...

Kalo rasa mcm malas2 tu, jumpa dia terus tetibe je rasa bertenaga...

Energetic...

Dalam kepala balik ni, nak spent untuk ni untuk tu... 

Tengah makan, tengah lepak kat bilik sv, tengah main futsal...

SV aku main futsal sesama2, SV ko orang ada x?

Ko haadddo!? Hehe...




Alhamdulillah..

Sekali lagi Tuhan tu sibukkan hambaNya daripada perkara yang melalaikan...


Aku ingat lagi masa aku doa lepas semayang...

Aku mintak dengan Tuhan, kalaulah sambung belaja ni boleh bantu agama Dia, maka mintaklah aku disambungkan blaja,,,

Kalau sebaliknya, baik tak payah la....

Mintak mudahkan segala macam urusan...


Aku bersyukur dengan apa yang aku ada...

Tak mewah sangat...

Kerja biasa2 je...

Tapi kau tahu aku suka dengan apa yang aku buat..

Aku tak hipokrit dan aku tak berusaha untuk hipokrit...

Yang aku tahu, aku buat apa yang aku minat dan suka...

Semoga korang pun macam tu jugaklah ya..

Insyaallah...


Seeru 'ala barakatillah :-)


Jumaat, 21 Mac 2014

JUMAAT KELANTAN TERENGGANU DAN SEWAKTU DENGANNYA


Salam.


Selamat pagi Jumaat yang barakah, teman-teman.

Hari ini jumaat.

Negeri yang akan bercuti pada hari Jumaat adalah Kelantan, Terengganu, Johor, dan Kedah.

Seronok weyy hari jumaat. Jumaat hari padat dengan ilmu. Kalau di Kelantan ada kuliah ilmu di tengah-tengah bandar. Terengganu belum lgi. Tapi kuliah dhuha besar-besaran di Rusila, Marang.


Dan antara faktor aku tak tinggalkan Terengganu ni sebab kuliah ilmu dia. Kampung aku, kuliah ilmu dia sebulan sekali. Macam mana la nak turun rahmat dan barakah. Panas dan gersang. Kat sini tiap-tiap hari penuh kuliah. Tak menang tangan.


Rugilah kita kalau hujung minggu tak dapat hadir ke kuliah. Rugilah bertambah, bila belajar kat sini 3,4 tahun tapi pergi kuliah Jumaat x sampai pun 10x. Kuliah kat sini ilmiah. Disampaikan oleh pengkuliah yang bukan calang-calang orangnya. Lulusan al-Azhar, Mesir, Jordan dan macam2 lagi.




Korang kalau ada masa follow je page kat FB uwh yang post macam-macam kuliah sekitar Terengganu. Kita masa umur muda ni lah nak carik ilmu. Sebab nanti nak ajar anak bini apa? Takkan nak ajar dia buat titration kot? X kan nak ajar dia sampling carik katak? Takkan nak ajau dia pasal kapal kot? Tu nama dia dah kuang ajau orang Melaka cakap.


Ayuh teman-teman. Peruntukkanlah sedikit masa untuk berdamping dengan para ulamak. Bila datang ke kuliah ak pun suka sbb dapat kenalan baru. Tengok muka orang. Tengok bapak orang. Mak orang. Anak dara orang.. Ooppsss... Keh keh keh... Betulkan niat tu...


40 hari kita tidak berdamping dengan ulamak hati kita akan mati. Gersang. Kuliah yang biasa aku pergi, kat Seberang Takir je. Malam pulak di Masjid Batu 6. Tapi korang kene bijak jugak. Aku memang tak suka kalau kuliah ilmu dicampur aduk dengan politik. Maksud aku, dalam kuliah habis dikutuknya politik la apala. Bengong la menteri tu menteri ni. Bukan tak boleh cakap tentang politik tapi kalau sampai katok parok2 ni aku lun jadi menyampah la. Biarlah ia ilmiah. Nak katok kerajaan pun masa time ceramahla.. Baru la kita boleh dapat sesuatu yang ilmiah kat situ.




Jom kita g kuliah jom.

Niat kat hati belajar untuk kutip ilmu sebab nanti balik nak ajar isteri, anak2 dan keluarga kita. Barulah berkat. Hidup ni aku percaya kepada keberkatan. Ada berkat, semua selamat. Insyaallah.

Habiskan al-Kahfi dulu. Sunat. Muka nanti berseri dan comel. Barulah terlajak laris.. Keh keh keh...


Salam sayyyidul 'ayyam.

Khamis, 20 Mac 2014

Lama Sudah......

Tiba-tiba aku terasa rajin pulak nak update blog aku yang agak lama tak update hampir setahun lebih jugak. Last update 6 September 2012 kot... Haha...

Semalam, masa sembang2 dengan kawan baik aku, terasa nak update semula... Ye la... Biasa update di FB  je. Tapi tak puas. Biasa orang update nak LIKERS atau nak SHARE je. Tak apala... Dan dia pun bagi galakan. Semangat je rasa. Pagi tadi aku bukak AppStore terus aku donlod blogger ni. Terus aku hupdate masa kat ofis. Tengah2 tggu orang tak datang, kita cilok hotspot.. Hahaha... Update blog...

Sebab besar dia, aku bila baca blogger2 yang agak terkenal dan banyak followers macam, DenaBahrin, NameeRoslan dan Irenenadia, tak kurang jugak yang lelaki, Aiman Azlan, MathLuthfi dan lain2 rasa macam banyaknya manfaat diorang. Aku nak tulis buku cam malas jer... 



Kat blog, boleh express macam2 feeling... 
Boleh simpan...
Yang bestnya, blogger2 ni diorang update masa time diorang blaja di universiti, sampaila keje, sampaila dah kawen. Cantik kot life diorang... So, kita dapat tengok perjalanan hidup dia tu.. Menarik sangat... Pastu plak, baby diorang comel... Seronok tengok... 

Kau bayangkan, setahun dah aku tak update blog. Banyak jugak peristiwa aku lalui. 
Macam2 weyyy.....

Takkan aku nak reverse balik peristiwa tu... Tengoklah kalau aku rajin... Eyh.. Banyakla... Nantila kat atas motor aku pikirkan macam mana nak buat...

Allahurobbi, hebat Allah atur hidup kita ni kawan2. Aku rasa sangat bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku akan kongsikan kat sini. Impian aku satu je, semoga blog aku ni dapat hidup kembali bagi manfaat kepada orang yang baca. Nak follow ke tak nak follow ke tu ko punya hal. Aku tak kesah. Yang penting, aku dapat pahala daripada usaha aku yang sikit ni. 

Harapan aku seterusnya, dalam tempoh setahun dua ni, aku nak prepare macam2, dan aku harap aku boleh follow jugak blogger2 tu. Sampaila kawen. Sampaila dah bekeluarga juga nanti, imsyaallah.... Nak lempias apa yang ada dalam kotak fikiran ni....



Tulisan aku santai je bro. 
Semoga kita semua dapat menyumbangkan sesuatu.
Yusuf Qardhawi kata, dakwah media ni dah jadi wajib ke atas semua umat Islam.

Seeru 'ala barakatillah..

Selasa, 30 Oktober 2012

KELANTAN : 3 HARI YANG SAYA KENALI


gerebe
Alhamdulillah, saya berpeluang untuk bercuti dan berhari raya selama 3 hari di negeri Kelantan, Malaysia. Negeri kelahiran THE RED WORRIORS. Sungguh hati mengidam-idam kepingin mahu bercuti di Kelantan dan mahu menghirup udara pagi subuh di Kota Bharu. Tulisan ini saya dedikasikan KHAS buat anak-anak Kelantan KHUSUS untuk sahabat saya Muhammad Afiq Syazwan Ismail, yang dirinya ada dalam diri saya, dan diri saya ada dalam dirinya. Atas kelapangan dan kesudian beliau membawa saya untuk mengenali negeri tanah serendah sekebun bunga, negeri terMISKIN di Malaysia =)

TRW
SUKA SAYA INGATKAN, TULISAN INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UNSUR-UNSUR POLITIK, SEKALI LAGI DIULANG, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UNSUR-UNSUR POLITIK dan SEKALI LAGI DIULANG, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UNSUR-UNSUR POLITIK.
Penulis di rumah MB kelantan


Colek perut
Antara perkara yang saya belajar di sana adalah:

    1.       Makanan
    2.       Masyarakat
    3.       Sara hidup
    4.       Sikap
    5.       Suasana
    6.       Budaya

    Makanan tradisi : Budu, telur dadar, timun ulam
    Kata ramai orang, Hari raya Aidiladha lebih meriah di Negeri Kelantan, hakikatnya sambutannya sama. Cuma situasi dan keadaan membuatkannya MERIAH. Kenapa? Sebab, saya lihat malam raya, kereta-kereta sibuk menjalar di jalan raya sungguh pun jam 12 tengah malam. Kedai-kedai di buka. Rupa-rupanya, anak-anak perantauan balik secara berjemaah dan beramai-ramai, maka membuatkan Bandar termiskin di Malaysia, Kota Bharu tidak SEPI!

    Saya rangkumkan pemerhatian saya dalam puisi untuk KELANTAN SERAMBI MEKAH, yang bertajuk

                        
    “KELANTAN NEGERI TERMISKIN, OLEH SEBAB ITU……”

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Pada pukul 1 pagi 2 pagi, kedai-kedai masih dipenuhi oleh manusia yang makan umpama tidak ada rumah…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Di atas jalan raya banyak kereta menjalar dan lalu lalang di laluan besar laluan sempit, kerana rakyatnya tidak mampu untuk bayar tambang bas awam…
      
    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Banyak pasar-pasar kedai-kedai di tepian jalan menjual kuih muih, air bermacam warna menghilangkan haus di tekak…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Banyak kereta-kereta yang tidak ada bumbung, menggunakan bumbung automatic bermacam-macam warna dan reka bentuk kereta yang ada di Bandar dan juga di kampong..

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Malam-malam ramai yang akan berpusu-pusu pergi ke Wakaf Che Yeh, membeli belah kerana tidak ada masa dan tidak cukup pitih nak membeli di waktu siang biarpun kereta berjujuk-jujuk beratur panjang…

    sara hidup rakyat
    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Rakyatnya hanya makan budu, colek perut dan sayur air, makanan biasa dan tradisional rakyat Kelantan…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Rakyatnya membina rumah batu berpagar besi di atas sawah dan di tepi rok(semak samun)

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    beratus-ratus restoran dan kedai makan ada di Kota Bharu…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Rumah menteri besarnya hanya berdinding kayu dan bertingkap nako, andai ketuanya begitu, sudah tentu rakyatnya koho miskin…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Pelancong-pelancong asing juga tempatan banyak memasuki Kelantan tiap kali di hujung cuti sekolah…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Setiap kali di hidang makanan ada 4 hingga 5 jenis makanan di hidangkan kerana selera rakyatnya tidak dididik dengan makanan yang mewah…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Oeh sebab itu, masjid beratus-ratus didirikan dan melata di tepian jalan… untuk rakyatnya yang tiada rumah untuk didiami…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Tiada panggung wayang untuk di lihat sebagai memuaskan nafsu membazir masa….

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Penyokong bola sepaknya adalah yang teramai….

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Bangunan-bangunan didirikan dengan megahnya…
      
    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Bangunannya semua ada unsur Islamik dan berkubah…

    Lumrah di Kelantan
    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Kalau raya, jalan jem… so, makan jem tanpa roti la jawabnya…

    Saya suka Kelantan, moga dilimpahi Malaysia oleh Islam wujud dan di budayakan sebagai cara hidup di Kelantan..
    Tahniah awey2 kelate… rezeki demolah lahir di klate, kawe nupe jah… =)

    Khamis, 6 September 2012

    PABILA MASJID DIPERKOSA

              Saya merasa sangat terpanggil untuk mengulas isu sebuah persatuan samseng di Malaysia yang menyerang seorang politikus yang terkenal di Malaysia di sebuah masjid di negeri Kedah, tanah tempat tumpah darahnya. Juga, saya yang memiliki ic kawasan 02 merasa bertanggunjawab untuk mengulas sedikit mengenai perkara ini memandangkan ia berlaku di negeri saya.


    1.       Memberi tazkirah
    Sesiapa sahaja pun boleh memberi tazkirah di masjid, di surau, di sekolah, di university dan di mana sahaja kerana ia telah pun termaktub dalam perlembagaan Negara kita dalam Hak kebebasan Bersuara. Jadinya, menghalang orang member tazkirah adalah perbuatan MEMBUANG MASA dan BODOH oleh sebab menghalang orang yang mahu member peringatan kerana sebaik-sebaik pesanan adalah memberi peringatan.



    2.       Alasan PENTAULIAHAN



    Ya. Memang benar. Yang menyampaikan tazkirah itu bukanlah seorang ustaz ataupun imam. Tapi jelas beliau adalah seorang pemimpin. Yang mahu mengingatkan rakyatanya tentang sesuatu tuntutan dalam kehidupan. Meskipun orang tersebut di katakana sebagai PEMBANGKANG NOMBOR SATU KERAJAAN, perkara yang sama juga seharusnya tidak patut berlaku jika yang menyampaikan tazkirah adalah ORANG NOMBOR SATU KERAJAAN. Kalau mahu mengatakan yang menyampaikan tazkirah itu tidak ada tauliah, yang kamu pergi serang dan baling kasut ke dalam masjid siapa yang beri kamu TAULIAH untuk membuat begitu? Badan berkanun tidak beotak mana yang memberi kamu TAULIAH?!



    3.       Politik



    Di fahamkan bahawa isi tazkirah tersebut tidak menyentuh sensitiviti, isu politik dan hanya menyentuh tentang perjuangan kemerdekaan dan kemaslahatan ummah. Tambahan pula, beliau telah pun meminta izin untuk member tazkirah dari imam tersebut member izin. Apa yang menjadi masalah bagi Persatuan Samseng ini???? Perkara ini telah di muatkan dalam laman sesawang YouTube. Seluruh dunia telah pun menontonnya dan berbagai persepsi telah di keluarkan oleh media. Satu perbuatan bodoh yang di lakukan atas nama agama dlaam rumah agama mencerminkan keperibadian agama. Kita tidak jumpa pun di kuil atau pun tokong adengan bodoh ini seperti mana berlaku di masjid ini.

      


    4.       Menghormati untuk di hormati



    Pemimpin seharusnya wajib di hormati dna di taati selagi mana dia tidak melakukan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama. Memijak poster dan gambar Perdana Menteri adalah perbuatan biadap dan tidak berakhlak. Keji. Di aman rasa hormat kita pada seorang yang memimpin Negara kita. Begitu juga dengan perbuatan binantang kencing di atas gambar pemimpin negeri. Semuanya tidak beradab.



     
    Hakikatnya, persatuan samseng Malaysia(baca PERKASA), adalah membuat tindakan dengan bercerminkan dengan model yang biadap, tidak berakhlak dan tidak memncerminkan keperibadian Islam. Wajarkah pemimpin dari persatuan ini seharusnya di agungkan? Diangkat menjadi wakil kepada rakyat untuk berucap di dewan yang mulia?
    Menghalang Tazkirah di Masjid, memijak gambar pemimpin Negara, mengencing gambar pemimpin negeri adalah BIADAP.
    Entah apa Islamnya orang membaling KASUT kepada orang yang memberi tazkirah...



    Entah apa Islamnya orang yg memijak gambar pemimpin negara...
    Biar COMEL dalam berakhlak, 

    Biar MOLEK dalam beradat..

    Selasa, 14 Ogos 2012

    KELUARGA : ANTARA DISAYANGI DAN MENYAYANGI


    Sememangnya impian untuk berkeluarga adalah menjadi impian dan mimpi indah bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Lebih-lebih lagi MANUSIA. Namun begitu, hasrat berkeluarga bukanlah semudah mengarang cerpen ataupun blog agar plot ceritanya sentiasa kita kawal sama ada penuh dengan kegembiraan atau penuh dengan kedukaan. Andai kehidupan berkeluarga mampu di tadbir sebegitu, pastinya umat manusia akan terus pinggir dari cabaran aruhan semasa dunia yang penuh mencabar zahir dan batin manusia yang memang di jadikan Tuhan akan manusia itu sentiasa dalam keadaan lalai dan alpa kecuali mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa.
     
    Sebab itu, kekuatan kekeluargaan mampu untuk kita merasai rencam kehidupan dengan syarat keluarga itu mempunyai nakhoda yang mempunyai ilmu pengurusan bahtera keluarga sakinah yang mampu menerjang badai ombak yang sentiasa menerjah serta di perkuatkan dengan anak-anak kapal yang mampu mendengar arahan dalam kerangka tolak ansur dalam agama. Ironisnya, keadaan ini semakin hari semakin mengikis. Semakin hari semakin menipis. Sungguh, elemen keyakinan pada diri dan unsur-unsur “chemistry” perlu di aplikasi agar bahtera keluarga sakinah dapat di realisasikan pembinaannya dan dapat direalitikan pergerakannya.

    Apa yang menjadi persoalan adalah, bagaimana sebuah keluarga itu dapat memenuhi keperluan dan kehendak ahlinya sesuai dengan peredaran masa dan ketika? Apakah sandaran yang mesti setiap ahli keluarga faham dan mengerti dalam menghadapi ujian dan cabaran? Cuti ini, saya di beri peluang untuk mempelajari ilmu kekeluargaan. Sungguh, dengan diri yang naïf, diri yang tidak pernah mentadbir keluarga pastinya tidak layak untuk menasihati mahupun memberi kupasan idea-idea kepada mereka yang mempunyai Phd dalam ilmu keluarga ini, namun ia tidak pernah menjadi batu penghalang untuk sama-sama kita renungi dan melakukan semak dan imbang terhadap diri kita.

    Pada hemat saya, setelah menulusuri beberapa peristiwa dlaam cuti ini, saya yakin sebuah keluarga MESTI dan PERLU bergerak selari dan meletakkan keluarga tersebut sentiasa berada dalam orbit RASIONAL dan TOLERANSI. Mengapa? Sebab dengan DUA elemen ini dapat membantu atau disebut sebagai “propeller” kepada bahtera keluarga tersebut agar smapai pada destinasinya.

    RASIONAL

    Dalam kaedah ilmu agama, ada empat perkara yang boleh menghilangkan sifat sabar iaitu

    1.       Tergopoh gapah
    2.       Marah
    3.       Sedih yang teramat
    4.       Putus asa

    Jikalau kita perhalusi empat perkara ini sangat jauh denga sifat rasional seorang manusia. Manusia yang sihat mampu untuk mengawal dan merasionalkan diri berdasarkan pertimbangan-pertimbangan agama agar dapat mengahdapi badai yang menerjang bahtera keluarga.

    TOLERANSI

    Konsep toleransi ataupun berlapang dada adalah satu konsep murni yang di perkenalkan di atas nama agama dan di aplikasikan juga di atas nama agama. Ia merujuk kepada pertimbangan seseorang dalam menilai sesuatu sama ada membawa kepada keputusan baik jika di seimbangkan dengan baik atau menunjukkan hasil yang buruk jika tidak di manfaatkan seluruhnya. Justeru, apa yang perlu di tekankan adalah sikap berlapang dada yang salah satu dari rukun persaudaraan sesama Islam. Toleransi dalam komunikasi, sikap, perbuatan, serta perletakan sesuatu perkara pada tempatnya, pengurusan masalah dapat di realisasikan sebaiknya.

    Tiada siapa fasih untuk bercakap mengenai kehidupan. Kerana tiada siapa pun boleh mendefinisikan kematian, yakni lawan kehidupan yang boleh memperkenalkan kehidupan itu secara jelas dan nyata. Justeru manusia asyik berbalah dalam mengemudi kehidupan sendiri, apatah lagi meneladani kehidupan lain di sekelilingnya semenjak dahulu sampailah bila-bila pun.

    Kita bermula dengan kosong, maka titik ilmu kita juga bermula di situ. Dan di situlah wajib bagi Muslim dan Muslimah mempelajari agama agar mereka terhindar dari apa yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang diperintahNya.

    PEMBENTUKAN KELUARGA HARMONI

    Dalam soal membentuk institusi keluarga yang bahagia dan mendamaikan, sebagai contoh, tidak perlu kita banding-bandingkan keluarga A yang ibu bapanya sudah berpisah mahupun tiada, manakala keluarga B, ibu bapanya hidup aman dan harmoni. Kerana kedua-duanya mampu mencipta bahagia dan damai itu sendiri dengan cara yang benar yakni ILMU yang berlandaskan agamaNya.

    Ibu bapa dan anak-anak merupakan aset penting dalam saling mengalirkan ilmu yang berlandaskan syariat dariNya.

    KERANA KAU IBU DAN JUGA KAU BAPA

    Seringkali kita mendengar seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan mahupun kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor ataupun doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan.  Dan ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya itu serta terus meninggalkan permata hatinya itu menangis.

    Sememangnya tugas sebagai ibu sangat berat, ibarat pekerjaannya mempunyai jam kerja yang tidak terbatas. Membasuh baju, memasak, melayani suami, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya. Aduh, kasihan sungguh kaum ibu. Mungkin kerana letih dan perlu melakukan seorang diri membuatkan dia mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada anak mereka.

    Dan biasanya seorang ayah yang mendengar kadang hanya berdiam diri sahaja. Lalu bagaimana sebenarnya Islam memandang hal ini?

    Itulah yang dikatakan apabila seseorang jauh dari penghayatan Islam yang mulia, maka mampu menyeret mereka dalam dosa dan maksiat bahkan secara tidak sedar menzalimi diri mereka. Islam itu indah dan sempurna. Inginkan TOLERANSI dan KESABARAN yang berpanjangan agar setiap perkara diselesaikan dengan cara yang baik dan benar.
    Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan.

    Mungkin masalah ini agak rumit untuk diselesaikan, kerana anak tidak boleh mengecilkan hati kedua ibu bapanya. Sebagai anak yang bertanggungjawab untuk memelihara dan mencegah kedua ibu bapanya dari siksaan api neraka Allah yang sangat dasyat, maka perlu menegur mereka dengan cara yang hikmah.

    Ada setengah ibu bapa lebih suka dengan cara berbincang dengan anak-anak mereka dan ini mungkin senang dan mudah. Tetapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang ego atau tidak mahu mendengar teguran anak-anak mereka dengan alasan mereka lebih dahulu makan asam garam dari anak-anak mereka?

    Mungkin ibu bapa seperti ini boleh ditegur dengan menggunakan orang lain yang rapat dengannya yakni yang mereka percaya dan hormati.

    Bagaimana pula bagi ibu bapa yang langsung tidak boleh terima teguran anak, saudara, teman mahupun sesiapa sahaja?

    Agak sukar dan perlu strategi yang baik menurut kemampuan anak tersebut. Selalunya teguran itu menjadi kesalahan, mereka mengatakan bahawa anak tersebut derhaka dan masuk neraka.

    Persoalannya siapa yang derhaka dan siapa yang berdosa?
    Yang menjadi berdosa apabila teguran itu menggunakan perkataan kesat, kasar dan sebagainya.

      

    Duhai yang bergelar IBU, BAPA dan ANAK,

    ·   Ingatlah Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita.
    ·         Kita juga dulunya anak yang nakal dan menyakitkan orang tua kita.
    ·         Beristighfar;
    ·         Berdoa kepada Allah kerana hati ibu dalam genggamanNya;
    ·         Bersikap tenang dan merasa cukup dengan pahala dari Allah memadai buat jasamu. Kerana anda harus bersedia menerima sikap orang yang mengingkari kebaikanmu.
    ·   Kerjakanlah kebaikan dengan mengharap redha Allah semata-mata. Pujilah Allah atas kebaikanmu kerana tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah.
     
    Yakinlah, tiada siapa pun mampu menolak agama daripada kehidupannya. Kerana ia adalah faktor utama yang telah membentuk diri dan kehidupannya. Maka manusia, kehidupan dan agama tidak mungkin terpisah. Kehidupan di dunia ini terlalu kecil untuk dijadikan syurga. Dan terlalu besar pula untuk disusun atur dengan kehendak sendiri. Ia begitu jauh untuk menjadi milik kita. Manusia, daripada kesakitan yang dialami dan ujian yang ditempuhi itulah dia akan dikurniai masa untuk kembali berfikir.

    Allahu'alam...

    pencerahan oleh RaB_AF

    Isnin, 6 Ogos 2012

    KESUKARAN DAN KESUSAHAN


    Allah berfirman;

                    “Allah mahukan kesenangan untuk kamu dan bukan kesukaran untuk kamu"
                                                                                     Al-baqarah-185

    Bila kita ditimpa kesusahan kita mengeluh kan? Sudah menjadi lumrah manusia musibah dan ujian kecil atau besar, kita akan mengeluh. 
    Pernah atau tidak kita merenung… 

    Setiap kali berbdoa kita akan minta di kurniakan sifat sabar… Minta dikurniakan ketabahan hati…. Minta itu dan ini..
    Dan apabila Allah memberi sifat sabar itu, kita mengeluh…
    Dan apabila Allah anugerahkan sifat tabah itu, kita mengeluh….

    Apakah perkara yang bukan pilihan kita, menjadikan kita bersalahan dengan firman Allah di atas…?
    Mengapa? Kita solat, mengaji, zikir, selawat… tapi kita tetap tidak dapat menafikan kekecewaan…

    Kita tahu musibah tu ujian.. Duka tu ujian… Susah tu ujian…
    Tapi kenapa kita gagal memahami bahawa Allah mahukan kesenangan bukan kesusahan untuk kita?

    Ertinya.. Kita gagal mensyukuri nikmat Tuhan.. Kita gagal mengenali zatnya dengan baik..
    Kita jauh denganNya.. Sedangkan Dia dekat dengan kita…

    Sebagai renungan, apakah kita secara diam-diam bersalahan dengan firman Allah di atas..? Andai itu berlaku dalam diri kita, ternyata… Kita menyelimuti syirik khafi ke batang tubuh kita..