Follow us

nah.. meh singgah!

Selasa, 14 Ogos 2012

KELUARGA : ANTARA DISAYANGI DAN MENYAYANGI


Sememangnya impian untuk berkeluarga adalah menjadi impian dan mimpi indah bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Lebih-lebih lagi MANUSIA. Namun begitu, hasrat berkeluarga bukanlah semudah mengarang cerpen ataupun blog agar plot ceritanya sentiasa kita kawal sama ada penuh dengan kegembiraan atau penuh dengan kedukaan. Andai kehidupan berkeluarga mampu di tadbir sebegitu, pastinya umat manusia akan terus pinggir dari cabaran aruhan semasa dunia yang penuh mencabar zahir dan batin manusia yang memang di jadikan Tuhan akan manusia itu sentiasa dalam keadaan lalai dan alpa kecuali mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa.
 
Sebab itu, kekuatan kekeluargaan mampu untuk kita merasai rencam kehidupan dengan syarat keluarga itu mempunyai nakhoda yang mempunyai ilmu pengurusan bahtera keluarga sakinah yang mampu menerjang badai ombak yang sentiasa menerjah serta di perkuatkan dengan anak-anak kapal yang mampu mendengar arahan dalam kerangka tolak ansur dalam agama. Ironisnya, keadaan ini semakin hari semakin mengikis. Semakin hari semakin menipis. Sungguh, elemen keyakinan pada diri dan unsur-unsur “chemistry” perlu di aplikasi agar bahtera keluarga sakinah dapat di realisasikan pembinaannya dan dapat direalitikan pergerakannya.

Apa yang menjadi persoalan adalah, bagaimana sebuah keluarga itu dapat memenuhi keperluan dan kehendak ahlinya sesuai dengan peredaran masa dan ketika? Apakah sandaran yang mesti setiap ahli keluarga faham dan mengerti dalam menghadapi ujian dan cabaran? Cuti ini, saya di beri peluang untuk mempelajari ilmu kekeluargaan. Sungguh, dengan diri yang naïf, diri yang tidak pernah mentadbir keluarga pastinya tidak layak untuk menasihati mahupun memberi kupasan idea-idea kepada mereka yang mempunyai Phd dalam ilmu keluarga ini, namun ia tidak pernah menjadi batu penghalang untuk sama-sama kita renungi dan melakukan semak dan imbang terhadap diri kita.

Pada hemat saya, setelah menulusuri beberapa peristiwa dlaam cuti ini, saya yakin sebuah keluarga MESTI dan PERLU bergerak selari dan meletakkan keluarga tersebut sentiasa berada dalam orbit RASIONAL dan TOLERANSI. Mengapa? Sebab dengan DUA elemen ini dapat membantu atau disebut sebagai “propeller” kepada bahtera keluarga tersebut agar smapai pada destinasinya.

RASIONAL

Dalam kaedah ilmu agama, ada empat perkara yang boleh menghilangkan sifat sabar iaitu

1.       Tergopoh gapah
2.       Marah
3.       Sedih yang teramat
4.       Putus asa

Jikalau kita perhalusi empat perkara ini sangat jauh denga sifat rasional seorang manusia. Manusia yang sihat mampu untuk mengawal dan merasionalkan diri berdasarkan pertimbangan-pertimbangan agama agar dapat mengahdapi badai yang menerjang bahtera keluarga.

TOLERANSI

Konsep toleransi ataupun berlapang dada adalah satu konsep murni yang di perkenalkan di atas nama agama dan di aplikasikan juga di atas nama agama. Ia merujuk kepada pertimbangan seseorang dalam menilai sesuatu sama ada membawa kepada keputusan baik jika di seimbangkan dengan baik atau menunjukkan hasil yang buruk jika tidak di manfaatkan seluruhnya. Justeru, apa yang perlu di tekankan adalah sikap berlapang dada yang salah satu dari rukun persaudaraan sesama Islam. Toleransi dalam komunikasi, sikap, perbuatan, serta perletakan sesuatu perkara pada tempatnya, pengurusan masalah dapat di realisasikan sebaiknya.

Tiada siapa fasih untuk bercakap mengenai kehidupan. Kerana tiada siapa pun boleh mendefinisikan kematian, yakni lawan kehidupan yang boleh memperkenalkan kehidupan itu secara jelas dan nyata. Justeru manusia asyik berbalah dalam mengemudi kehidupan sendiri, apatah lagi meneladani kehidupan lain di sekelilingnya semenjak dahulu sampailah bila-bila pun.

Kita bermula dengan kosong, maka titik ilmu kita juga bermula di situ. Dan di situlah wajib bagi Muslim dan Muslimah mempelajari agama agar mereka terhindar dari apa yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang diperintahNya.

PEMBENTUKAN KELUARGA HARMONI

Dalam soal membentuk institusi keluarga yang bahagia dan mendamaikan, sebagai contoh, tidak perlu kita banding-bandingkan keluarga A yang ibu bapanya sudah berpisah mahupun tiada, manakala keluarga B, ibu bapanya hidup aman dan harmoni. Kerana kedua-duanya mampu mencipta bahagia dan damai itu sendiri dengan cara yang benar yakni ILMU yang berlandaskan agamaNya.

Ibu bapa dan anak-anak merupakan aset penting dalam saling mengalirkan ilmu yang berlandaskan syariat dariNya.

KERANA KAU IBU DAN JUGA KAU BAPA

Seringkali kita mendengar seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan mahupun kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor ataupun doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan.  Dan ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya itu serta terus meninggalkan permata hatinya itu menangis.

Sememangnya tugas sebagai ibu sangat berat, ibarat pekerjaannya mempunyai jam kerja yang tidak terbatas. Membasuh baju, memasak, melayani suami, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya. Aduh, kasihan sungguh kaum ibu. Mungkin kerana letih dan perlu melakukan seorang diri membuatkan dia mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada anak mereka.

Dan biasanya seorang ayah yang mendengar kadang hanya berdiam diri sahaja. Lalu bagaimana sebenarnya Islam memandang hal ini?

Itulah yang dikatakan apabila seseorang jauh dari penghayatan Islam yang mulia, maka mampu menyeret mereka dalam dosa dan maksiat bahkan secara tidak sedar menzalimi diri mereka. Islam itu indah dan sempurna. Inginkan TOLERANSI dan KESABARAN yang berpanjangan agar setiap perkara diselesaikan dengan cara yang baik dan benar.
Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan.

Mungkin masalah ini agak rumit untuk diselesaikan, kerana anak tidak boleh mengecilkan hati kedua ibu bapanya. Sebagai anak yang bertanggungjawab untuk memelihara dan mencegah kedua ibu bapanya dari siksaan api neraka Allah yang sangat dasyat, maka perlu menegur mereka dengan cara yang hikmah.

Ada setengah ibu bapa lebih suka dengan cara berbincang dengan anak-anak mereka dan ini mungkin senang dan mudah. Tetapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang ego atau tidak mahu mendengar teguran anak-anak mereka dengan alasan mereka lebih dahulu makan asam garam dari anak-anak mereka?

Mungkin ibu bapa seperti ini boleh ditegur dengan menggunakan orang lain yang rapat dengannya yakni yang mereka percaya dan hormati.

Bagaimana pula bagi ibu bapa yang langsung tidak boleh terima teguran anak, saudara, teman mahupun sesiapa sahaja?

Agak sukar dan perlu strategi yang baik menurut kemampuan anak tersebut. Selalunya teguran itu menjadi kesalahan, mereka mengatakan bahawa anak tersebut derhaka dan masuk neraka.

Persoalannya siapa yang derhaka dan siapa yang berdosa?
Yang menjadi berdosa apabila teguran itu menggunakan perkataan kesat, kasar dan sebagainya.

  

Duhai yang bergelar IBU, BAPA dan ANAK,

·   Ingatlah Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita.
·         Kita juga dulunya anak yang nakal dan menyakitkan orang tua kita.
·         Beristighfar;
·         Berdoa kepada Allah kerana hati ibu dalam genggamanNya;
·         Bersikap tenang dan merasa cukup dengan pahala dari Allah memadai buat jasamu. Kerana anda harus bersedia menerima sikap orang yang mengingkari kebaikanmu.
·   Kerjakanlah kebaikan dengan mengharap redha Allah semata-mata. Pujilah Allah atas kebaikanmu kerana tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah.
 
Yakinlah, tiada siapa pun mampu menolak agama daripada kehidupannya. Kerana ia adalah faktor utama yang telah membentuk diri dan kehidupannya. Maka manusia, kehidupan dan agama tidak mungkin terpisah. Kehidupan di dunia ini terlalu kecil untuk dijadikan syurga. Dan terlalu besar pula untuk disusun atur dengan kehendak sendiri. Ia begitu jauh untuk menjadi milik kita. Manusia, daripada kesakitan yang dialami dan ujian yang ditempuhi itulah dia akan dikurniai masa untuk kembali berfikir.

Allahu'alam...

pencerahan oleh RaB_AF

Isnin, 6 Ogos 2012

KESUKARAN DAN KESUSAHAN


Allah berfirman;

                “Allah mahukan kesenangan untuk kamu dan bukan kesukaran untuk kamu"
                                                                                 Al-baqarah-185

Bila kita ditimpa kesusahan kita mengeluh kan? Sudah menjadi lumrah manusia musibah dan ujian kecil atau besar, kita akan mengeluh. 
Pernah atau tidak kita merenung… 

Setiap kali berbdoa kita akan minta di kurniakan sifat sabar… Minta dikurniakan ketabahan hati…. Minta itu dan ini..
Dan apabila Allah memberi sifat sabar itu, kita mengeluh…
Dan apabila Allah anugerahkan sifat tabah itu, kita mengeluh….

Apakah perkara yang bukan pilihan kita, menjadikan kita bersalahan dengan firman Allah di atas…?
Mengapa? Kita solat, mengaji, zikir, selawat… tapi kita tetap tidak dapat menafikan kekecewaan…

Kita tahu musibah tu ujian.. Duka tu ujian… Susah tu ujian…
Tapi kenapa kita gagal memahami bahawa Allah mahukan kesenangan bukan kesusahan untuk kita?

Ertinya.. Kita gagal mensyukuri nikmat Tuhan.. Kita gagal mengenali zatnya dengan baik..
Kita jauh denganNya.. Sedangkan Dia dekat dengan kita…

Sebagai renungan, apakah kita secara diam-diam bersalahan dengan firman Allah di atas..? Andai itu berlaku dalam diri kita, ternyata… Kita menyelimuti syirik khafi ke batang tubuh kita..