Allah berfirman;
“Allah
mahukan kesenangan untuk kamu dan bukan kesukaran untuk kamu"
Al-baqarah-185
Bila kita ditimpa kesusahan kita mengeluh kan? Sudah menjadi
lumrah manusia musibah dan ujian kecil atau besar, kita akan mengeluh.
Pernah
atau tidak kita merenung…
Setiap kali berbdoa kita akan minta di kurniakan
sifat sabar… Minta dikurniakan ketabahan hati…. Minta itu dan ini..
Dan apabila Allah memberi sifat sabar itu, kita mengeluh…
Dan apabila Allah anugerahkan sifat tabah itu, kita mengeluh….
Apakah perkara yang bukan pilihan kita, menjadikan kita
bersalahan dengan firman Allah di atas…?
Mengapa? Kita solat, mengaji, zikir, selawat… tapi kita
tetap tidak dapat menafikan kekecewaan…
Kita tahu musibah tu ujian.. Duka tu ujian… Susah tu ujian…
Tapi kenapa kita gagal memahami bahawa Allah mahukan
kesenangan bukan kesusahan untuk kita?
Ertinya.. Kita gagal mensyukuri nikmat Tuhan.. Kita gagal
mengenali zatnya dengan baik..
Kita jauh denganNya.. Sedangkan Dia dekat dengan kita…
Sebagai renungan, apakah kita secara diam-diam bersalahan
dengan firman Allah di atas..? Andai itu berlaku dalam diri kita, ternyata… Kita
menyelimuti syirik khafi ke batang tubuh kita..
0 ulasan:
Catat Ulasan