Follow us

nah.. meh singgah!

Khamis, 11 Ogos 2011

USTAZAH CUBIT : HARI INI AKU RASAI SAKITNYA

Cuti semester ini, saya berkesempatan untuk melawat ustazah2 sekolah agama saya semasa di bangku sekolah rendah, hajat di hati ingin menziarahi ketika habis program matrik, namun perancangan Allah lebih teratur. Dapat sahaja keizinan daripada ibu dan ayah terus saya ke Kajang bersama MCB 3791. Sebelum tu singgah di rumah Faris Shahin, sahabat sebilik di matrik.

Apa yang saya ingin coretkan di sini adalah satu perkongsian rencam kehidupan yang mengajar erti kehidupan. Betapa berharganya menjadi seorang pelajar, betapa gembiranya menjadi sebagai pengajar. Kenapa? Dua individu yang berbeza tapi punya rasa keinginan dan impian yang hampir sama. 

Tatkala saya sampai di perkarangan Sekolah Agama Rakyat Taman Delima (SARTD), saya di sambut oleh ustazah saya yang mengajar subjek sirah, Ustazah Hanifah Johani. Hampir saya dipeluk olehnya. saya tidak hairan, kerana semasa kecil dahulu, kami bersentuhan pipi sebelum pulang ke rumah. Itulah kasih sayang yang ustazah curahkan, hari ini saya rasakan.

Betapa terharunya ustazah apabila melihat anak muridnya yang suatu masa dahulu teramatlah nakal, terkenal dengan tahap keegoan, kenakalan dan kebudak-budakan yang menebal setebal buku international pelajar universiti, datang menziarahinya. Hati saya terasa tenang. Lapang. Syahdu melihat ustazah saya. Allah masih beri kesempatan untuk saya menziarahi sebelum peluang tersebut berlalu pergi.

Peluang bertemu itu saya manfaatkan sebaik mungkin, slot sharing moment menghiasai pertemuan kami. Alangkah indah. Akhir sebelum pulang sempat juga mengambil gambar dan memohon doa untuk dititipkan seusai solat. Alhamdulillah, dahulu saya nakal, berkat doa dan kesabaran ustaz2 dan ustazah2 saya menjadi manusia. Terima kasih Allah kerana beri peluang untukku nikmati nikmat berguru. syukur..

AKU DIMANUSAKAN DENGAN KASIH SAYANG SEORANG USTAZAH BIASA,
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJARKU TULIS BACA..

Isnin, 8 Ogos 2011

hari ini,kematian tiada menginsafkan

 Pagi tadi saya mendapat tahu bahawa ada saudar di kampung telah meninggal dunia.Jadipun saya bergegas ke kubur bagi memenuhi hak sesama muslim.Apa yang menariknya saya berpeluang untuk melahad kubur bagi merasai detik kembali ke tanah yang mana asalnya diri kita ini adalah tanah.Apabila saya turun,terus sahaja pelbagai persoalan berkejar-kejaran di dalam kepala otak saya.Adakah sudah saya bersedia untuk tinggal di dalam `rumah` ini?seribu pertanyaan membugkam di minda saya.Sungguh berat.

Melihat tanah-tanah yang menyaksikan diri saya di hentam oleh malaikat ALLAH adalah perkara memeritkan.Itulah pengalaman saya yang menyebabkan saya terpaksa menghitung amalan untuk dijadikan `karpal singh` ketika dalam kubur.
Namun,perkara tersebut hanyalah retorik dan khayalan belaka.Sekembalinya saya ke atas dari liang lahad tadi,berderai hilai tawa manusia yang seronok bersembang dengan rancaknya bagai di kedai kopi.Tiada langsung merasai hormat kerana sambil meroko sambil bercerita perkara kosong dan tidak kena pada masanya seprti bola sepak,pakaian,pekerjaan dan politik.Tidak ada masa lainkah untuk dibincang akan perkara tersebut?tidak bolehkah menghormati si mati?di mana letaknya minda mereka?

Nah!inilah akibatnya serta kesannya apabila meminggirkan quran dan hadis dan meninggalkan ilmu.Sepatutnya kita mesti menuruti hadis nabi bahawa ziarahlah orang mati hingga ke kubur mudah-mudahan menjadi perangsang kepada diri kita.Susahkah?Tuhan tidak menzalimi manusia bahkan manusia yang menzalimi diri  sendiri.Hari ini berlaku,akan datang?tiada siapa pun tahu.

Sepatutnya para hadirin yang datang perlu mengambil iktibar bagaiman mahu memperbaguskan ibadah.sayang,hari ini kematian tiada menginsafkan.

BILA AL-QURAN BERBICARA


waktu engkau masih kanak - kanak,

kau laksana kawan sejatiku


Dengan wudu’, 
saya kau sentuh
dalam keadaan suci,
saya, kau junjung dan kau pelajari
saya engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah saya bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?


Menurutmu,
Atau, menurutmu saya hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….
sehingga engkau lupa di mana saya tersimpan
saya sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Atau saya kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini saya lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci. saya engkau pendamkan.
Dulu…pagi-pagi… surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.


Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan saya yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Aku engkau abaikan dan engkau lupakan…
surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.


Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………
saya semakin kusam dalam laci-laci muMengumpul debu atau mungkin dimakan hama


Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Setiap saat berlalu…


Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
saya akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.


Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu


Keluarkanlah segera saya dari almari, lacimu…….
Letakkan saya selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.


Sentuhilah saya kembali…
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil


Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan saya engkau biarkan saya sendiri….
Dalam bisu dan sepi….


saya kau pegang
Sekarang engkau telah dewasa…………..
mungkin saya bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu


Sekarang,
saya tersimpan rapi sekali;
Kadang kala saya dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Di waktu petang,
saya kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..
Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca suratkhabar 

dahulu
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
Di meja kerjamu tidak ada saya untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali



Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Jika saya engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
Peganglah saya kembali.. .. bacalah saya kembali saya setiap hari.
Baca dan pelajari lagi saya….


Selasa, 2 Ogos 2011

RAMADHAN : SATU PERMULAAN YANG BARU

Alhamdulillah selepas ini, bermulanya suatu penapakan dunia yang baru untuk aku terus bermujahadah dalam bidang tulisan dalam merungkai isi rasa hati yang berbuku di lubuk hati yang kecil ini. Dahulu blog aku yang pertama berjaya ku uruskan dengan biak naun terhenti di tengah jalan oleh sebab kebutuhan waktu untuk megiuskannya..

Insyaallah blog ini akan ku jadikan medan baru untukku terus menulis, menulis dan menulis.. Moga ia beri manfaat kepada semua dan mungkin tempat untuk aku mengambil manfaat supaya yang lain dapat memberi sesuatu yang jitu, unggul dan muluk...

Salam Ramadahan Al-Mubarak,
Buta Ibu Ayah,
Adik2,
sahabat pimpinan,
Rakan Taulan,
Guru2,
Umat islam seluruhnya..
Ameen