Follow us

nah.. meh singgah!

Selasa, 30 Oktober 2012

KELANTAN : 3 HARI YANG SAYA KENALI


gerebe
Alhamdulillah, saya berpeluang untuk bercuti dan berhari raya selama 3 hari di negeri Kelantan, Malaysia. Negeri kelahiran THE RED WORRIORS. Sungguh hati mengidam-idam kepingin mahu bercuti di Kelantan dan mahu menghirup udara pagi subuh di Kota Bharu. Tulisan ini saya dedikasikan KHAS buat anak-anak Kelantan KHUSUS untuk sahabat saya Muhammad Afiq Syazwan Ismail, yang dirinya ada dalam diri saya, dan diri saya ada dalam dirinya. Atas kelapangan dan kesudian beliau membawa saya untuk mengenali negeri tanah serendah sekebun bunga, negeri terMISKIN di Malaysia =)

TRW
SUKA SAYA INGATKAN, TULISAN INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UNSUR-UNSUR POLITIK, SEKALI LAGI DIULANG, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UNSUR-UNSUR POLITIK dan SEKALI LAGI DIULANG, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UNSUR-UNSUR POLITIK.
Penulis di rumah MB kelantan


Colek perut
Antara perkara yang saya belajar di sana adalah:

    1.       Makanan
    2.       Masyarakat
    3.       Sara hidup
    4.       Sikap
    5.       Suasana
    6.       Budaya

    Makanan tradisi : Budu, telur dadar, timun ulam
    Kata ramai orang, Hari raya Aidiladha lebih meriah di Negeri Kelantan, hakikatnya sambutannya sama. Cuma situasi dan keadaan membuatkannya MERIAH. Kenapa? Sebab, saya lihat malam raya, kereta-kereta sibuk menjalar di jalan raya sungguh pun jam 12 tengah malam. Kedai-kedai di buka. Rupa-rupanya, anak-anak perantauan balik secara berjemaah dan beramai-ramai, maka membuatkan Bandar termiskin di Malaysia, Kota Bharu tidak SEPI!

    Saya rangkumkan pemerhatian saya dalam puisi untuk KELANTAN SERAMBI MEKAH, yang bertajuk

                        
    “KELANTAN NEGERI TERMISKIN, OLEH SEBAB ITU……”

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Pada pukul 1 pagi 2 pagi, kedai-kedai masih dipenuhi oleh manusia yang makan umpama tidak ada rumah…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Di atas jalan raya banyak kereta menjalar dan lalu lalang di laluan besar laluan sempit, kerana rakyatnya tidak mampu untuk bayar tambang bas awam…
      
    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Banyak pasar-pasar kedai-kedai di tepian jalan menjual kuih muih, air bermacam warna menghilangkan haus di tekak…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Banyak kereta-kereta yang tidak ada bumbung, menggunakan bumbung automatic bermacam-macam warna dan reka bentuk kereta yang ada di Bandar dan juga di kampong..

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Malam-malam ramai yang akan berpusu-pusu pergi ke Wakaf Che Yeh, membeli belah kerana tidak ada masa dan tidak cukup pitih nak membeli di waktu siang biarpun kereta berjujuk-jujuk beratur panjang…

    sara hidup rakyat
    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Rakyatnya hanya makan budu, colek perut dan sayur air, makanan biasa dan tradisional rakyat Kelantan…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Rakyatnya membina rumah batu berpagar besi di atas sawah dan di tepi rok(semak samun)

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    beratus-ratus restoran dan kedai makan ada di Kota Bharu…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Rumah menteri besarnya hanya berdinding kayu dan bertingkap nako, andai ketuanya begitu, sudah tentu rakyatnya koho miskin…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Pelancong-pelancong asing juga tempatan banyak memasuki Kelantan tiap kali di hujung cuti sekolah…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Setiap kali di hidang makanan ada 4 hingga 5 jenis makanan di hidangkan kerana selera rakyatnya tidak dididik dengan makanan yang mewah…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Oeh sebab itu, masjid beratus-ratus didirikan dan melata di tepian jalan… untuk rakyatnya yang tiada rumah untuk didiami…

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Tiada panggung wayang untuk di lihat sebagai memuaskan nafsu membazir masa….

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Penyokong bola sepaknya adalah yang teramai….

    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Bangunan-bangunan didirikan dengan megahnya…
      
    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Bangunannya semua ada unsur Islamik dan berkubah…

    Lumrah di Kelantan
    Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
    Kalau raya, jalan jem… so, makan jem tanpa roti la jawabnya…

    Saya suka Kelantan, moga dilimpahi Malaysia oleh Islam wujud dan di budayakan sebagai cara hidup di Kelantan..
    Tahniah awey2 kelate… rezeki demolah lahir di klate, kawe nupe jah… =)

    Khamis, 6 September 2012

    PABILA MASJID DIPERKOSA

              Saya merasa sangat terpanggil untuk mengulas isu sebuah persatuan samseng di Malaysia yang menyerang seorang politikus yang terkenal di Malaysia di sebuah masjid di negeri Kedah, tanah tempat tumpah darahnya. Juga, saya yang memiliki ic kawasan 02 merasa bertanggunjawab untuk mengulas sedikit mengenai perkara ini memandangkan ia berlaku di negeri saya.


    1.       Memberi tazkirah
    Sesiapa sahaja pun boleh memberi tazkirah di masjid, di surau, di sekolah, di university dan di mana sahaja kerana ia telah pun termaktub dalam perlembagaan Negara kita dalam Hak kebebasan Bersuara. Jadinya, menghalang orang member tazkirah adalah perbuatan MEMBUANG MASA dan BODOH oleh sebab menghalang orang yang mahu member peringatan kerana sebaik-sebaik pesanan adalah memberi peringatan.



    2.       Alasan PENTAULIAHAN



    Ya. Memang benar. Yang menyampaikan tazkirah itu bukanlah seorang ustaz ataupun imam. Tapi jelas beliau adalah seorang pemimpin. Yang mahu mengingatkan rakyatanya tentang sesuatu tuntutan dalam kehidupan. Meskipun orang tersebut di katakana sebagai PEMBANGKANG NOMBOR SATU KERAJAAN, perkara yang sama juga seharusnya tidak patut berlaku jika yang menyampaikan tazkirah adalah ORANG NOMBOR SATU KERAJAAN. Kalau mahu mengatakan yang menyampaikan tazkirah itu tidak ada tauliah, yang kamu pergi serang dan baling kasut ke dalam masjid siapa yang beri kamu TAULIAH untuk membuat begitu? Badan berkanun tidak beotak mana yang memberi kamu TAULIAH?!



    3.       Politik



    Di fahamkan bahawa isi tazkirah tersebut tidak menyentuh sensitiviti, isu politik dan hanya menyentuh tentang perjuangan kemerdekaan dan kemaslahatan ummah. Tambahan pula, beliau telah pun meminta izin untuk member tazkirah dari imam tersebut member izin. Apa yang menjadi masalah bagi Persatuan Samseng ini???? Perkara ini telah di muatkan dalam laman sesawang YouTube. Seluruh dunia telah pun menontonnya dan berbagai persepsi telah di keluarkan oleh media. Satu perbuatan bodoh yang di lakukan atas nama agama dlaam rumah agama mencerminkan keperibadian agama. Kita tidak jumpa pun di kuil atau pun tokong adengan bodoh ini seperti mana berlaku di masjid ini.

      


    4.       Menghormati untuk di hormati



    Pemimpin seharusnya wajib di hormati dna di taati selagi mana dia tidak melakukan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama. Memijak poster dan gambar Perdana Menteri adalah perbuatan biadap dan tidak berakhlak. Keji. Di aman rasa hormat kita pada seorang yang memimpin Negara kita. Begitu juga dengan perbuatan binantang kencing di atas gambar pemimpin negeri. Semuanya tidak beradab.



     
    Hakikatnya, persatuan samseng Malaysia(baca PERKASA), adalah membuat tindakan dengan bercerminkan dengan model yang biadap, tidak berakhlak dan tidak memncerminkan keperibadian Islam. Wajarkah pemimpin dari persatuan ini seharusnya di agungkan? Diangkat menjadi wakil kepada rakyat untuk berucap di dewan yang mulia?
    Menghalang Tazkirah di Masjid, memijak gambar pemimpin Negara, mengencing gambar pemimpin negeri adalah BIADAP.
    Entah apa Islamnya orang membaling KASUT kepada orang yang memberi tazkirah...



    Entah apa Islamnya orang yg memijak gambar pemimpin negara...
    Biar COMEL dalam berakhlak, 

    Biar MOLEK dalam beradat..

    Selasa, 14 Ogos 2012

    KELUARGA : ANTARA DISAYANGI DAN MENYAYANGI


    Sememangnya impian untuk berkeluarga adalah menjadi impian dan mimpi indah bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Lebih-lebih lagi MANUSIA. Namun begitu, hasrat berkeluarga bukanlah semudah mengarang cerpen ataupun blog agar plot ceritanya sentiasa kita kawal sama ada penuh dengan kegembiraan atau penuh dengan kedukaan. Andai kehidupan berkeluarga mampu di tadbir sebegitu, pastinya umat manusia akan terus pinggir dari cabaran aruhan semasa dunia yang penuh mencabar zahir dan batin manusia yang memang di jadikan Tuhan akan manusia itu sentiasa dalam keadaan lalai dan alpa kecuali mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa.
     
    Sebab itu, kekuatan kekeluargaan mampu untuk kita merasai rencam kehidupan dengan syarat keluarga itu mempunyai nakhoda yang mempunyai ilmu pengurusan bahtera keluarga sakinah yang mampu menerjang badai ombak yang sentiasa menerjah serta di perkuatkan dengan anak-anak kapal yang mampu mendengar arahan dalam kerangka tolak ansur dalam agama. Ironisnya, keadaan ini semakin hari semakin mengikis. Semakin hari semakin menipis. Sungguh, elemen keyakinan pada diri dan unsur-unsur “chemistry” perlu di aplikasi agar bahtera keluarga sakinah dapat di realisasikan pembinaannya dan dapat direalitikan pergerakannya.

    Apa yang menjadi persoalan adalah, bagaimana sebuah keluarga itu dapat memenuhi keperluan dan kehendak ahlinya sesuai dengan peredaran masa dan ketika? Apakah sandaran yang mesti setiap ahli keluarga faham dan mengerti dalam menghadapi ujian dan cabaran? Cuti ini, saya di beri peluang untuk mempelajari ilmu kekeluargaan. Sungguh, dengan diri yang naïf, diri yang tidak pernah mentadbir keluarga pastinya tidak layak untuk menasihati mahupun memberi kupasan idea-idea kepada mereka yang mempunyai Phd dalam ilmu keluarga ini, namun ia tidak pernah menjadi batu penghalang untuk sama-sama kita renungi dan melakukan semak dan imbang terhadap diri kita.

    Pada hemat saya, setelah menulusuri beberapa peristiwa dlaam cuti ini, saya yakin sebuah keluarga MESTI dan PERLU bergerak selari dan meletakkan keluarga tersebut sentiasa berada dalam orbit RASIONAL dan TOLERANSI. Mengapa? Sebab dengan DUA elemen ini dapat membantu atau disebut sebagai “propeller” kepada bahtera keluarga tersebut agar smapai pada destinasinya.

    RASIONAL

    Dalam kaedah ilmu agama, ada empat perkara yang boleh menghilangkan sifat sabar iaitu

    1.       Tergopoh gapah
    2.       Marah
    3.       Sedih yang teramat
    4.       Putus asa

    Jikalau kita perhalusi empat perkara ini sangat jauh denga sifat rasional seorang manusia. Manusia yang sihat mampu untuk mengawal dan merasionalkan diri berdasarkan pertimbangan-pertimbangan agama agar dapat mengahdapi badai yang menerjang bahtera keluarga.

    TOLERANSI

    Konsep toleransi ataupun berlapang dada adalah satu konsep murni yang di perkenalkan di atas nama agama dan di aplikasikan juga di atas nama agama. Ia merujuk kepada pertimbangan seseorang dalam menilai sesuatu sama ada membawa kepada keputusan baik jika di seimbangkan dengan baik atau menunjukkan hasil yang buruk jika tidak di manfaatkan seluruhnya. Justeru, apa yang perlu di tekankan adalah sikap berlapang dada yang salah satu dari rukun persaudaraan sesama Islam. Toleransi dalam komunikasi, sikap, perbuatan, serta perletakan sesuatu perkara pada tempatnya, pengurusan masalah dapat di realisasikan sebaiknya.

    Tiada siapa fasih untuk bercakap mengenai kehidupan. Kerana tiada siapa pun boleh mendefinisikan kematian, yakni lawan kehidupan yang boleh memperkenalkan kehidupan itu secara jelas dan nyata. Justeru manusia asyik berbalah dalam mengemudi kehidupan sendiri, apatah lagi meneladani kehidupan lain di sekelilingnya semenjak dahulu sampailah bila-bila pun.

    Kita bermula dengan kosong, maka titik ilmu kita juga bermula di situ. Dan di situlah wajib bagi Muslim dan Muslimah mempelajari agama agar mereka terhindar dari apa yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang diperintahNya.

    PEMBENTUKAN KELUARGA HARMONI

    Dalam soal membentuk institusi keluarga yang bahagia dan mendamaikan, sebagai contoh, tidak perlu kita banding-bandingkan keluarga A yang ibu bapanya sudah berpisah mahupun tiada, manakala keluarga B, ibu bapanya hidup aman dan harmoni. Kerana kedua-duanya mampu mencipta bahagia dan damai itu sendiri dengan cara yang benar yakni ILMU yang berlandaskan agamaNya.

    Ibu bapa dan anak-anak merupakan aset penting dalam saling mengalirkan ilmu yang berlandaskan syariat dariNya.

    KERANA KAU IBU DAN JUGA KAU BAPA

    Seringkali kita mendengar seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan mahupun kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor ataupun doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan.  Dan ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya itu serta terus meninggalkan permata hatinya itu menangis.

    Sememangnya tugas sebagai ibu sangat berat, ibarat pekerjaannya mempunyai jam kerja yang tidak terbatas. Membasuh baju, memasak, melayani suami, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya. Aduh, kasihan sungguh kaum ibu. Mungkin kerana letih dan perlu melakukan seorang diri membuatkan dia mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada anak mereka.

    Dan biasanya seorang ayah yang mendengar kadang hanya berdiam diri sahaja. Lalu bagaimana sebenarnya Islam memandang hal ini?

    Itulah yang dikatakan apabila seseorang jauh dari penghayatan Islam yang mulia, maka mampu menyeret mereka dalam dosa dan maksiat bahkan secara tidak sedar menzalimi diri mereka. Islam itu indah dan sempurna. Inginkan TOLERANSI dan KESABARAN yang berpanjangan agar setiap perkara diselesaikan dengan cara yang baik dan benar.
    Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan.

    Mungkin masalah ini agak rumit untuk diselesaikan, kerana anak tidak boleh mengecilkan hati kedua ibu bapanya. Sebagai anak yang bertanggungjawab untuk memelihara dan mencegah kedua ibu bapanya dari siksaan api neraka Allah yang sangat dasyat, maka perlu menegur mereka dengan cara yang hikmah.

    Ada setengah ibu bapa lebih suka dengan cara berbincang dengan anak-anak mereka dan ini mungkin senang dan mudah. Tetapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang ego atau tidak mahu mendengar teguran anak-anak mereka dengan alasan mereka lebih dahulu makan asam garam dari anak-anak mereka?

    Mungkin ibu bapa seperti ini boleh ditegur dengan menggunakan orang lain yang rapat dengannya yakni yang mereka percaya dan hormati.

    Bagaimana pula bagi ibu bapa yang langsung tidak boleh terima teguran anak, saudara, teman mahupun sesiapa sahaja?

    Agak sukar dan perlu strategi yang baik menurut kemampuan anak tersebut. Selalunya teguran itu menjadi kesalahan, mereka mengatakan bahawa anak tersebut derhaka dan masuk neraka.

    Persoalannya siapa yang derhaka dan siapa yang berdosa?
    Yang menjadi berdosa apabila teguran itu menggunakan perkataan kesat, kasar dan sebagainya.

      

    Duhai yang bergelar IBU, BAPA dan ANAK,

    ·   Ingatlah Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita.
    ·         Kita juga dulunya anak yang nakal dan menyakitkan orang tua kita.
    ·         Beristighfar;
    ·         Berdoa kepada Allah kerana hati ibu dalam genggamanNya;
    ·         Bersikap tenang dan merasa cukup dengan pahala dari Allah memadai buat jasamu. Kerana anda harus bersedia menerima sikap orang yang mengingkari kebaikanmu.
    ·   Kerjakanlah kebaikan dengan mengharap redha Allah semata-mata. Pujilah Allah atas kebaikanmu kerana tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah.
     
    Yakinlah, tiada siapa pun mampu menolak agama daripada kehidupannya. Kerana ia adalah faktor utama yang telah membentuk diri dan kehidupannya. Maka manusia, kehidupan dan agama tidak mungkin terpisah. Kehidupan di dunia ini terlalu kecil untuk dijadikan syurga. Dan terlalu besar pula untuk disusun atur dengan kehendak sendiri. Ia begitu jauh untuk menjadi milik kita. Manusia, daripada kesakitan yang dialami dan ujian yang ditempuhi itulah dia akan dikurniai masa untuk kembali berfikir.

    Allahu'alam...

    pencerahan oleh RaB_AF

    Isnin, 6 Ogos 2012

    KESUKARAN DAN KESUSAHAN


    Allah berfirman;

                    “Allah mahukan kesenangan untuk kamu dan bukan kesukaran untuk kamu"
                                                                                     Al-baqarah-185

    Bila kita ditimpa kesusahan kita mengeluh kan? Sudah menjadi lumrah manusia musibah dan ujian kecil atau besar, kita akan mengeluh. 
    Pernah atau tidak kita merenung… 

    Setiap kali berbdoa kita akan minta di kurniakan sifat sabar… Minta dikurniakan ketabahan hati…. Minta itu dan ini..
    Dan apabila Allah memberi sifat sabar itu, kita mengeluh…
    Dan apabila Allah anugerahkan sifat tabah itu, kita mengeluh….

    Apakah perkara yang bukan pilihan kita, menjadikan kita bersalahan dengan firman Allah di atas…?
    Mengapa? Kita solat, mengaji, zikir, selawat… tapi kita tetap tidak dapat menafikan kekecewaan…

    Kita tahu musibah tu ujian.. Duka tu ujian… Susah tu ujian…
    Tapi kenapa kita gagal memahami bahawa Allah mahukan kesenangan bukan kesusahan untuk kita?

    Ertinya.. Kita gagal mensyukuri nikmat Tuhan.. Kita gagal mengenali zatnya dengan baik..
    Kita jauh denganNya.. Sedangkan Dia dekat dengan kita…

    Sebagai renungan, apakah kita secara diam-diam bersalahan dengan firman Allah di atas..? Andai itu berlaku dalam diri kita, ternyata… Kita menyelimuti syirik khafi ke batang tubuh kita.. 


    Ahad, 8 Julai 2012

    PELUANG HIDUP KALI KE-2 SATU ANUGERAH


    "Bawakan kuhilang dari ingatan
    Hari ini sehingga esok
    Tak pernah daku rasa begini
    Seperti mati hidup kembali"



    Semalam 6 Julai 2012, boleh jadi tarikh ini terpahat pada nisan di jirat sana..
    Semalam 6 Julai 2012, boleh jadi aku kehilangan semuanya,
    Semalam 6 Julai 2012, boleh jadi jua aku kehilangan ibu dan ayah yang tercinta,
    Semalam 6 Julai 2012, boleh jadi aku kehilangan keluarga yang tercipta,
    Semalam 6 Julai 2012, boleh jadi aku terputus hubungan dengan semuanya,
    Semalam 6 Julai 2012, boleh jadi aku menyepikan teman rapatku yang sedia ada,
    Semalam 6 Julai 2012, boleh jadi aku pergi meninggalkan kamu semua...

    Namun,

    Semalam 6 Julai 2012, aku di beri peluang kedua,
    Semalam 6 Julai 2012, aku diberi peluang untuk bermunajat memohon ampunan dari Yang Maha Kuasa,
    Semalam 6 Julai 2012, aku di beri izin pulang ke pangkuan keluarga,
    Semalam 6 Julai 2012, aku masih bersama dengan mereka,
    Semalam 6 Julai 2012, aku mampu menitipkan kata-kata ini sebagai peringatan buat semua,
    Semalam 6 Julai 2012, aku masih mampu untuk bercakap dengan teman rapatku yang setia,
    Oleh kerana, 
    Yang Punya KUASA,
    memberi ku masa, 
    untuk melangsaikan apa yang terpunggah di bahu yang lemah,
    membawa tanggungjawab di suatu masa,
    ke puncak yang ISTIMEWA..

    kerana Peluang Hidup Kali ke2 adalah Satu Augerah yang Istimewa dari Yang Maha Esa!

    Isnin, 2 Julai 2012

    ANTARA SAYA--KERJA, KELUARGA, AGAMA


    Kehidupan adalah satu proses. Dari kita di lahirkan ke dunia, dibesarkan, diberi makan, dihantar ke sekolah, masuk asrama, masuk matrikulasi, lanjutkan pelajaran ke university, konvo, bekerja, berkahwin, kemudian melahirkan anak, persiapan untuk mati, kematian, bangkit semula, di soal, syurga dan neraka.



    Berdasarkan apa yang saya nyatakan di atas itulah keadaan kita sebagai manusia, sebagai seorang hamba Allah. Sudah BERBUIH ustaz dan ustazah, mak ayah, cikgu, atuk nenek, tokki dan segala macam manusia mengingatkan kita tujuan utama Allah ciptakan manusia adalah untuk BERIBADAH kepadaNYA, menzahirkan rasa kehambaan kepadaNYA.

    Maka yang membezakan kita dan manusia lain adalah ILMU, AMAL, IMAN, TAQWA. Dalam bahasa mudahnya ia adalah AGAMA. Beza kita terletak pada satu perkataan satu kepada banyak iaitu AGAMA. Sekali lagi di ulang AGAMA. Ini mebezakan kita dan meletakkan kita sama ada kita adalah insan beragama atau insan yang mengamalkan agama.

    Berkata seorang Jeneral Komunis,
    Tuhan menciptakan bagi manusia adalah dalam bentuk memudahkan, tapi manusia menyusahkan”

    Seorang askar yang berfahaman komunis yakni kita sedia maklum bahawa mereka adalah atheis, tidak mempercayai Tuhan mengatakan seperti di atas. Apa respon kita pada kata-katanya??? Letak mana kedudukan kita sebagai hamba Allah.

    Sepanjang latihan industry saya di Taman Buaya Melaka, bergaul dengan masyarakat di sana, staf-staf dan melihat kepada proses kehidupan mereka, saya tertanya-tanya…. Apakah kerja kita, keluarga kita, harta kita, pangkat kita, wang, anak-anak kesenangan kita lebihkita CINTAI dari menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya?? Semuanya Allah telah rakamkan dalam Al-Quran surah al-kahfi. Rujuk ayat al-kahfi tentang almaalu wal banuuna..

    Kesimpulan yang saya mahu katakan di sini adalah,
    Buatlah apa yang kamu mahu di dunia ini dan jangan sesekali melewati BATAS REDHA ALLAH pada diri kita.

    Sabtu, 30 Jun 2012

    KELEMBUTAN dalam KEHIDUPAN

    4 Perkara yang perlu ada pada kita setiap hari..

    1. Hormat semua orang, semua makhluk.....
    2. Lemah lembut
    3. Ikhlas
    4. Sntiasa tanya apa manfaat kita boleh bagi kepada orang hari ini

    kelembutan itu Tuhan dtaangkan dengan rahmatNYA.. Menyapa hambaNYA yang berfikir akan hikmah pemberianNya..

    Kata Allah dalam Al-Quran..

    "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut"-Taha, 44

    maka kelembutan ini ada penghalangnya iaitu KEKERASAN...

    Haruslah diingat...

    4 perkara yang menghilangkan sifat SABAR

    1. Tergopoh gapah
    2. MARAH
    3. Sedih yang teramat sangat
    4. Putus asa...

    Kadang-kadang insan berhati KERAS memerlukan insan berhati LEMBUT untuk meletakkannya dalam zon KELEMBUTAn dalam KEHIDUPAN..

    credit to: AF ;-)

    Jumaat, 29 Jun 2012

    MENGAPA KUMBANG MENGUNTUM BUNGA JIKA BELUM SAMPAI MASANYA??

    Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum...
    Ya ... memang.. semua tidak menafikan..... namun pernahkah kita perasan, bahawa apakah ada cinta sebelum perkahwinan? Jawapannya sudah tentu tidak.. kerana jika kita telusuri sejarah Islam, perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah dan juga Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah tidak di mulakan dengan nafas cinta sebelum berkahwin. Namun hari ini kita melihat ia seakan-akan diadakan dengan alasan mahu berpijak di bumi nyata.


    Sedar atau tidak.. Kita membuat kesalahan agama di atas nama agama itu sendiri..


    Kata Imam Al-Ghazali, "gelora cinta mematikan kecerdikan akal"


    Apakah kita mahu menghirup manis yang belum ada pada tahap yang sebenarnya?


    Sebab itu tidak hairan andai kita melihat perceraian di pertengahan pelayaran bahtera indah nan bahagia.. Hakikatnya sampan yang menanti reput, karam di lautan hipokrit cinta..


    Oleh sebab itu, jika kita sedang ingin bercinta, mulalah cinta itu setelah melakukan ikatan..


    Bagi lelaki, pastikan kita sudah mampu dan berkeupayaan dalam konteks, mampu dan punyai upaya


    a. Ilmu
    b. ekonomi
    c. Nafkah zahir dan batin


    Tuhan yang punyai rahmat semesta alam tidak pernah menzalimi hambaNya..


    Andai kita di bius CINTA, jangan lupa penawar ada pada Sang Pemilik Cinta..




    Isnin, 20 Februari 2012

    SYRIA: APA TUGAS KITA?





    Jika benar apa yg berlaku disyria kita kena beri bantuan.
    PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
    -Mendoakan saudara kita di Syria
    -Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
    -Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA
    mereka yang gugur mempertahan kebenaran itu lebih mulia dari kita yg hidup didalam kelalaian.
    Walaupun kita tak perlu peperangan dinegara ini, tetapi kita perlu kembali kepada Al-quran & sunnah
    Rasullulah saw. Letakan Islam pada tempatnya. Kita kena tunjukan contoh akhlak baik pada semua org termasuk yg melempar batu pada kita.Segala puji hanya bagi Allah. jadikan hati2 kami ini bersatu keranamu Ya Allah. Dan sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu mengasihi ummatnya.Semoga umat islam dinegara ini mengambil ikhtibar apa yg berlaku di syria. Dan islam itu adalah untuk semua bangsa manusia bukan hanya untuk arab atau melayu sahaja dan bukan untuk parti ,persatuan, atau mazhab tertentu sahaja.Semoga Allah memberi hidayahnya kepada para pemimpin dan kepada kita rakyat dinegara ini agar islam dapat diamalkan dalam keadaan aman.