Follow us

nah.. meh singgah!

Khamis, 11 Ogos 2011

USTAZAH CUBIT : HARI INI AKU RASAI SAKITNYA

Cuti semester ini, saya berkesempatan untuk melawat ustazah2 sekolah agama saya semasa di bangku sekolah rendah, hajat di hati ingin menziarahi ketika habis program matrik, namun perancangan Allah lebih teratur. Dapat sahaja keizinan daripada ibu dan ayah terus saya ke Kajang bersama MCB 3791. Sebelum tu singgah di rumah Faris Shahin, sahabat sebilik di matrik.

Apa yang saya ingin coretkan di sini adalah satu perkongsian rencam kehidupan yang mengajar erti kehidupan. Betapa berharganya menjadi seorang pelajar, betapa gembiranya menjadi sebagai pengajar. Kenapa? Dua individu yang berbeza tapi punya rasa keinginan dan impian yang hampir sama. 

Tatkala saya sampai di perkarangan Sekolah Agama Rakyat Taman Delima (SARTD), saya di sambut oleh ustazah saya yang mengajar subjek sirah, Ustazah Hanifah Johani. Hampir saya dipeluk olehnya. saya tidak hairan, kerana semasa kecil dahulu, kami bersentuhan pipi sebelum pulang ke rumah. Itulah kasih sayang yang ustazah curahkan, hari ini saya rasakan.

Betapa terharunya ustazah apabila melihat anak muridnya yang suatu masa dahulu teramatlah nakal, terkenal dengan tahap keegoan, kenakalan dan kebudak-budakan yang menebal setebal buku international pelajar universiti, datang menziarahinya. Hati saya terasa tenang. Lapang. Syahdu melihat ustazah saya. Allah masih beri kesempatan untuk saya menziarahi sebelum peluang tersebut berlalu pergi.

Peluang bertemu itu saya manfaatkan sebaik mungkin, slot sharing moment menghiasai pertemuan kami. Alangkah indah. Akhir sebelum pulang sempat juga mengambil gambar dan memohon doa untuk dititipkan seusai solat. Alhamdulillah, dahulu saya nakal, berkat doa dan kesabaran ustaz2 dan ustazah2 saya menjadi manusia. Terima kasih Allah kerana beri peluang untukku nikmati nikmat berguru. syukur..

AKU DIMANUSAKAN DENGAN KASIH SAYANG SEORANG USTAZAH BIASA,
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJARKU TULIS BACA..

1 ulasan:

Siti Nur Hazirah berkata...

bile plak ko dtg kjg?