Follow us

nah.. meh singgah!

Rabu, 30 April 2014

HUDUD : ANTARA KOMITMEN ATAU AGENDA POLITIK???

Perlaksanaan hukum hudud di Malaysia menjadi perbualan utama dan hangat dalam beberapa minggu ini.  Ia di war-warkan selepas negara jiran, Brunei Darussalam merancang untuk melaksana hudud bermula pada April 2014 secara berperingkat-peringkat. Saban tahun ia menjadi sebuah agenda parti politik antara yang tertua dalam negara kita iaitu Parti Agama Islam Se-Malaysia (PAS). Hudud yakni hukum yang diturunkan dalam Al-Quran daripada Yang Maha Berkuasa untuk panduan manusia lainnya bagi memastikan norma masyarakat terpelihara dalam kehidupan mereka.

SEJARAH PERJALANAN HUDUD

Marilah kita menyningkap sejarah hudud yang sibuk diperkatakan akhir-akhir ini. Hudud mula dijadikan agenda oleh kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Kita tahu dan sedia maklum hudud merupakan satu undang-undang yang dirakam dalam al-quran dan menjadi tanggungjawab kepada pemerintah untuk ditegakkan. Oleh yang demikian, Kelantan yang pada ketika itu membentangkan enakmen ini untuk diluluskan oleh DUN bagi mengambil tanggungjawab tersebut. Walau bagaimanapun, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan apabila Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutus surat kepada kerajaan negeri Kelantan yang diketuai oleh YB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz B Nik Mat yang memberi amaran kepada kerajaan negeri bahawa kerajaan pusat akan mengmbil tindakan kepada Kelantan jika hudud cuba dilaksanakan. Sejak daripada itu, Kelantan menerima sekatan berupa undang-undang daripada kerajaan pusat yang melihatkan enakmen tersebut menjadi satu lipatan sejarah pentadbiran negeri Kelantan. Dan hari ini ia dibangkitkan semula dan menjadi hangat apabila Kelantan cuba mengusulkan satu rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan undang-undang tersebut boleh dilaksanakan di Kelantan.

REALISTIK ATAU RETORIK

Dalam keadaan Malaysia semakin parah dengan kadar jenayah yang meningkat, samun menjadi satu perkara biasa dalam negara, kes pembunuhan merata-rata, rompakan dan kecurian, rogol dan sumbang mahram berleluasa, di samping pusat pelacuran berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan melihatkan bahawa Malaysia hanyalah sebuah negara Islam hanya pada nama sahaja. Undang-undang jenayah yang sedia ada tidak mampu membendung kadar jenayah yang kian membarah. Boleh dikatakan setiap hari kes jenayah berat menghiasi dada akbar utama negara. Perkembangan ini sangat tidak bagus bagi pembesaran anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Oleh yang demikian, hudud dilihat sebagai slaah satu penyelesaian maslaah yang bersifat komprehensif dan realistik. Bukan sahaja menjadi agenda utama PAS dalam manifestonya terutama di negeri Terengganu, hudud menjanjikan keamanan dan keharmonian negara yang melengkapkan konsep “baldatun toyyibatun wa robbul ghaffur”.

Hari ini, kita melihat PAS terus menerima asakan daripada rakan parti sendiri PKR dan DAP. Bebas mengeluarkan kenyataan bagi memperkecilkan usaha PAS untuk membawa dan memastikan RUU persendirian tidak menjadi kenyataan. Apabila ia akan dibentangkan di parlimen nanti, kita akan melihat Ahli Parlimen Muslim yang mana akan menyokong dan tidak menyokong bagi undang-undang tersebut dihasilkan. Ini menampakkan bahawa komitmen PAS untuk memastikan hudud terlaksana bukanlah agenda politik semata-mata, namun ia adalah rasa penuh tanggungjawab dan rasa kehambaan kepada Allah yang Maha Berkuasa demi menyelamatkan negara kita daripada kes jenayah yang kian membarah.

KONFLIK

Apabila sesuatu hasrat murni mahu dilaksanakan, maka akan terzahirlah penentangan yang berskala kecil dan besar. Jika dilihat penentangan terawal dalam arena politik tanah air, DAP yang diwakili oleh Mendiang Karpal Singh menyanggah PAS jika mahu melaksanakan hudud, langkah mayatnya dahulu. Ini adalah ketika suatu dahulu. Sudah lama. Kita sedia maklum Karpal adalah seorang peguam yang terkemuka. Dihormati kawan dan lawan. Jiwa mendukung undang-undang amat sebati dalam jiwanya hinggalah ke perjalanannya yang terakhir.  Penentangannya bukanlah bersifat menghalang tetapi kerana hudud tidak disebut dalam perlembagaan memandangkan taat setianya pada perlembagaan negara yang menjadi tulang belekang pentadbiran di Malaysia. Dan sebab itu dia begitu menentang apabila sesebuah undang-undang baharu mahu dibentuk yang tidak menepati perlembagaan yang didukungnya. Kita juga tidak hairan dan aneh kerana perkara biasa apabila rakan-rakan bukan muslim tidak menyokong enakmen hudud kerana enakmen ini bukan tertakluk kepada mereka, namun ia akan dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Walau bagaimanapun, sokongan daripada bukan muslim menanmpakkan dakwah bil hal yang selama ini dibuat telah pun menampakkan hasilnya.
Kita juga melihat UMNO yang dahulunya memperkecil-kecilkan usaha PAS dan menyatakan hudud akan menyebabkan orang akan kudung dan hilang tangan juga semakin baik mentaliti pemikirannya seperti yang ditunjukkan oleh segelintir ahli parlimen mereka. Keseriusan dalam membincangkan perkara ini jelas terzahir apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersetuju untuk menyokong RUU yang akan dbawa oleh Kelantan yang akan dipersembahkan melalui private bill yang bakal dikemukakan tidak lama lagi.

Sebagai seorang Muslim yang sihat akalnya, kita wajar menerima hudud dan menyokong usaha untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi. Siri penerangan hudud perlu dibuat oleh kerajaan dan kerjasama daripada pembangkang dan kerajaan mestilah disepadukan bagi melihat agenda ini dapat dilaksanakan. Hasrat perlaksanaan hudud ini bakal meletakkan Malaysia menjadi negara yang lebih selamat dan sejahtera serta mendapat keampunan daripada Allah seperti mana yang dijanjikan olehNya. Hanya tinggal kita sebagi hambaNya untuk percaya dan yakin janji Allah. Semoga negara kita dapat keuntungan yang besar daripada perlaksanaan hudud di Malaysia, insyaallah. Rahmat Allah yang kita cari, redha Allah yang kita impi.

MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Pelajar Master Komunikasi,
Universiti Malaysia Terengganu

Selasa, 15 April 2014

BELAJAR BIDANG LAIN>>>>>>>KERJA BIDANG LAIN. KAU RASA??

Assalamualaikum....
syukurnya masih boleh bernafas ketika menaip, masih boleh melihat dengan sempurna, masih boleh bergerak, masih boleh kemana-mana...
syukur Alhamdulillah....

Seminggu juga tak update blog,,,, bekejar untuk siapkan Bab 1 kajian master aku....
Pernyataan Masalah yang aku agak kelabu sedikit....
ermmmm....

semalam aku baca satu artikel tentang "graduan mesti bersedia bekerja di luar daripada bidang pembelajaran" keluaran daripada KPM sendiri.

Ya.
aku sangat setuju... sebabnya aku salah seorang daripadanya...

aku lulusan Sains. Program aku agak panjang namanya....
<<Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharan dan Pengurusan Biodiversiti)>>
3 tahun...
alhamdulillah selesai.... 
walaupun aku akui aku tak berapa skor untuk degree ni... 
tapi nak kata, memang kita kena bersedia daripada pelbagai sudut....
aku tengok kebanyakan kawan-kawan aku ada yang bekerja dalam bidang yang dia studi dan ada juga yang diluar bidang...

orang ada degree, dikenali sebagai pegawai, 
gred gajinya DG41... 
gaji seorang pegawai...

maklumlah, persaingan kerja semakin sengit. kita kena bijak merebut peluang.

"kalau kita tak pilih peluang tu, peluang tu takkan pilih kita"





ADA DUA KEADAAN GRADUAN

1. Graduan yang kerja dalam bidang yang dia belajar :
baguslah... korang boleh apply apa yang korang dah studi selama tiga tahun tu. Ia akan bantu kau dalam banyak perkara. Tambahan pulak kalau kau minatkan... memang boleh survive punya... skill ada, pengalaman ada, biasa yang degree ni kira macam otai la, sbb ada tempat kerja dia tak ada pun yang sampai ijazah, banyak diploma, bergantung kepada industri yang kau pergi...



2. Graduan yang bekerja dalam bidang lain selain daripada dia belajar :
yang ni memang agak mencabar, dah 3 tahun kau blaja tapi alih-alih kau kerja bidang plakkan... jadi nak buat macam mana? yela, dah apply kerja yang bidang kita tak kunjung tiba, yang apply main2 pulak yang dapat, gaji pun not bad. cukuplah nak lepas diri sendiri. sbbnya ada institusi yang tak kesah pun kau ada degree apa, yang penting kau serba boleh. Aku tengok kalau kau ada additional skill macam buat video, photoshop, lagi la orang nak amek kau bekerja. Macam aku, aku graduate bidang sains, dan aku dapat kerja bidang admin dan pengurusan. Jadi aku agak minat jugakla. Aku tak minta tapi dimurahkan rezki oleh Allah, orang offer. Jadi aku ambik tu sebagai cabaran aku. ALhamdulillah, setakat hari ni, bos puas hati kerja aku walaupun ada salah-salah sikit. Aku belajar banyak perkara daripada proses tu... TAPI.... adakah apa yang kau belajar dulu tak diguna pakai? Haa kat sinilah nak bezakan kau kreatif atau tak. Kalau kau dapat alter apa yang kau blaja dulu, merge dengan apa yang kau kerjakan, tu memang cantik beb.. Style... Inilah yang KPM maksudkan. Pengalaman aku jadi kategori kedua ni, boleh tahan la. haha. yang kedua ni aku hurai panjang sikit sebab kena dengan aku. kih kih kih...


3. Graduan yang tak buat apa-apa tunggu kerja bidang yang dia belajar.
Yang ni pulak kategori manja dan mungkin entahlaaaa... mungkin dia nak tolong mak ayah dia, nevermind, sangka baik... tak nak komen lebih-lebih. Sahabat2, hidup ni kan singkat. Esok lusa ke kuburlah kita. Kenapa kita tak pandang sesuatu masalah itu adalah peluang untuk kita timba pengalaman. Aku ada sorang kawan yang masih tunggu kerja di bidang dia, tapi sambil tu dia buat macam-macam. berniaga... Ada sorang tu kerja kat kedai Ogawa kerusi urut tu. tapi aku respek kat situlah dia timba pengalaman kerja. daripada duduk kat rumah perabihkan boreh yo... come on, pengalaman takkan sampai kalau ditunggu, ia perlu dibuat dan dirasa, akhirnya akan jadi kenangan. Pahit atau Manis, kita yang tentukan.

NASIHAT AKU

1. Lengkapkan lah diri korang dengan pelbagai soft skill macam aku sebut tadi. Aku dulu tak reti nak buat poster n banner, tapi berkat kawan aku ajar, hasil banner aku digunakan untuk letak kat tepi jalan masa musim pilihanraya 2013 baru-baru ni =)

2. Jangan cepat putus asa bila tak dapat tempat bekerja. Kita graduan yang aktif. Jangan pasif. Kerjalah apapun selagi mana ia halal untuk kita dan tak bertentangan dengan agama. Insyaallah, adalah balasan untuk kita.

3. Carilah pengalaman sebanyak mungkin. Sebab bila dah bekeluarga, pengalaman itu akan digunakan... 

Selamat Maju Jaya.
Semoga bermanfaat.

Rabu, 2 April 2014

WELCOME TO MY LIFE LENOVO K900

Alhamdulillah...
Semalam dapat jugak beli fon baru....
Sepanjang hidup aku 22 tahun ni....
2 bijik henset aku beli ori....
1 bijik 2nd hand....
Blackberry to aku rembat mak aku punya.. Dia bukan gheti pon nak pakai henset canggih2 ni.. Keh keh keh... Xpress Music aku beli kat kawan aku yang aku tak hingin pon nak kenal, alih2 dia duduk satu rumah dgn aku n jadi SU aku masa aku blaja dulu.. (adlyArif Yaya Toure) Perancangan Allah tak sebusuk hati kita.. Sempurna :-)

Lepas aku review kat internet dan tunggu gaji masuk, aku pun puas hati ambil lenovo k900...
Henset ni aku guna untuk belajar dan kerja...
Nak taip berita untuk bos...
Nak baca jurnal...
Nak main game gak....



Gajet ni memang penting dalam hidup kita...
Ia bukan jadi kehendak dah sekarang tapi keperluan....
Paling puas hati aku, bila guna iPad3.. 
Memang aku maximize dia punya penggunaan...
Dari skeecil-kecil kerja hinggakan sebesar-besar kerja...
Memang sangat membantu...

Aku dah review 10x kat youtube, 10x kat google..
Tambah tgok forum kat internet, tgok review orang...
Dekat seminggu jugakla aku onserve.. Akhirnya aku jatuh cinta dengan dia...
Kira aku boleh rumus mcm ni... Note 2----K900----Note 3

Btw, gila betul nak beli aset untuk hidup ni... 
Kalo gaji bapak besar boleh la tukar2 henset....
Aku tggu brapa bulan nak beli...
Bila dah cukup duit rasa sayang pulak nak guna duit...
Bukan apa wei...
Penat dol keje....
Titik peluh ko....

Ko dah keje ko tahu la...
Nak tunggu gaji masuk punyala seksa weyhhh,.
Hahaha.....

Apapun aku dah capai apa yang aku nak..
Alhamdulillah...
Kalau Tuhan tak bantu, memang tak delah kan..
Semuanya kuasa Dia belake lah....

Bila dah dapat duit kene manage dengan baik....
Aku memang tiap2 bulan aku planning bajet aku dan aku catat belanja aku dalam lap top...
At least, masa dah kawen nanti tengok amnede aku jadahkan duit keje aku kat tempat yang baik atau tak...
Lagi2 nak kawen...
So gaji lepas ni adalah untuk simpan kawen...
Aku simpan gak b4 ni, tapi tak maximize mana...
Insyaallah lepaih ni nak simpan utk kawengggg...



Gambar kat atas ni adlah jadual pengurusan perbelanjaan aku dan perancangan hidup samapilah dah bekeluarga nanti.. Cuma bajet kahwen tak ada lagi.. Kene tunggu jugak di sinuunnnn jugak.. Keh keh keh.... 

Insyaallah tak ada aral, tahun depan ada rezki untuk aku, panjang umur, Allah mudahkan kerja buat, kawenla habis master nanti... Jeles tengok kawan aku kawen awal..
Arggghhhh!!!!!!

Aku harap korang pun doakan lah kebahagiaan dan kesejahteraan aku... Aku pun doakan jugak.. Sama2 doakan, insyaallah... Doa sahabat2 dalam diam ni malaikat ameen.. Allah maqbulkan bereh lallu.....

Welcome to My Life K900 :-)