gerebe |
Alhamdulillah, saya berpeluang untuk bercuti dan berhari
raya selama 3 hari di negeri Kelantan, Malaysia. Negeri kelahiran THE RED
WORRIORS. Sungguh hati mengidam-idam kepingin mahu bercuti di Kelantan dan mahu
menghirup udara pagi subuh di Kota Bharu. Tulisan ini saya dedikasikan KHAS
buat anak-anak Kelantan KHUSUS untuk sahabat saya Muhammad Afiq Syazwan Ismail,
yang dirinya ada dalam diri saya, dan diri saya ada dalam dirinya. Atas
kelapangan dan kesudian beliau membawa saya untuk mengenali negeri tanah
serendah sekebun bunga, negeri terMISKIN di Malaysia =)
TRW |
SUKA SAYA INGATKAN, TULISAN INI TIDAK ADA KENA MENGENA
DENGAN UNSUR-UNSUR POLITIK, SEKALI LAGI DIULANG, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN
UNSUR-UNSUR POLITIK dan SEKALI LAGI DIULANG, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN
UNSUR-UNSUR POLITIK.
Penulis di rumah MB kelantan |
Colek perut |
Antara perkara yang saya belajar di sana adalah:
2. Masyarakat
3. Sara hidup
4. Sikap
5. Suasana
6.
Budaya
Makanan tradisi : Budu, telur dadar, timun ulam |
Kata ramai orang, Hari raya Aidiladha lebih meriah di Negeri
Kelantan, hakikatnya sambutannya sama. Cuma situasi dan keadaan membuatkannya
MERIAH. Kenapa? Sebab, saya lihat malam raya, kereta-kereta sibuk menjalar di
jalan raya sungguh pun jam 12 tengah malam. Kedai-kedai di buka. Rupa-rupanya,
anak-anak perantauan balik secara berjemaah dan beramai-ramai, maka membuatkan Bandar
termiskin di Malaysia, Kota Bharu tidak SEPI!
Saya rangkumkan pemerhatian saya dalam puisi untuk KELANTAN
SERAMBI MEKAH, yang bertajuk
“KELANTAN NEGERI
TERMISKIN, OLEH SEBAB ITU……”
Kelantan
negeri termiskin, oleh sebab itu……
Pada pukul 1
pagi 2 pagi, kedai-kedai masih dipenuhi oleh manusia yang makan umpama tidak ada
rumah…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Di atas jalan raya banyak kereta menjalar dan lalu lalang di laluan
besar laluan sempit, kerana rakyatnya tidak mampu untuk bayar tambang bas awam…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Banyak pasar-pasar kedai-kedai di tepian jalan menjual kuih muih, air
bermacam warna menghilangkan haus di tekak…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Banyak kereta-kereta yang tidak ada bumbung, menggunakan bumbung automatic
bermacam-macam warna dan reka bentuk kereta yang ada di Bandar dan juga di kampong..
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Malam-malam ramai yang akan berpusu-pusu pergi ke Wakaf Che Yeh,
membeli belah kerana tidak ada masa dan tidak cukup pitih nak membeli di waktu
siang biarpun kereta berjujuk-jujuk beratur panjang…
sara hidup rakyat |
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Rakyatnya hanya makan budu, colek perut dan sayur air, makanan biasa
dan tradisional rakyat Kelantan…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Rakyatnya membina rumah batu berpagar besi di atas sawah dan di tepi
rok(semak samun)
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
beratus-ratus restoran dan kedai makan ada di Kota Bharu…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Rumah menteri besarnya hanya berdinding kayu dan bertingkap nako, andai
ketuanya begitu, sudah tentu rakyatnya koho miskin…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Pelancong-pelancong asing juga tempatan banyak memasuki Kelantan tiap
kali di hujung cuti sekolah…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Setiap kali di hidang makanan ada 4 hingga 5 jenis makanan di hidangkan
kerana selera rakyatnya tidak dididik dengan makanan yang mewah…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Oeh sebab itu, masjid beratus-ratus didirikan dan melata di tepian
jalan… untuk rakyatnya yang tiada rumah untuk didiami…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Tiada panggung wayang untuk di lihat sebagai memuaskan nafsu membazir
masa….
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Penyokong bola sepaknya adalah yang teramai….
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Bangunan-bangunan didirikan dengan megahnya…
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Bangunannya semua ada unsur Islamik dan berkubah…
Lumrah di Kelantan |
Kelantan negeri termiskin, oleh sebab itu……
Kalau raya, jalan jem… so, makan jem tanpa roti la jawabnya…
Saya suka Kelantan, moga dilimpahi Malaysia oleh Islam wujud
dan di budayakan sebagai cara hidup di Kelantan..
Tahniah awey2 kelate… rezeki demolah lahir di klate, kawe
nupe jah… =)
3 ulasan:
biar menumpang asal dapat dirasai barokahnye... kite kan satu...
nice writing. mekasih raimi. lain kali datang la lagi :):)
semestinya....
Catat Ulasan