Sememangnya impian untuk berkeluarga adalah menjadi impian dan mimpi indah bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Lebih-lebih lagi MANUSIA. Namun begitu, hasrat berkeluarga bukanlah semudah mengarang cerpen ataupun blog agar plot ceritanya sentiasa kita kawal sama ada penuh dengan kegembiraan atau penuh dengan kedukaan. Andai kehidupan berkeluarga mampu di tadbir sebegitu, pastinya umat manusia akan terus pinggir dari cabaran aruhan semasa dunia yang penuh mencabar zahir dan batin manusia yang memang di jadikan Tuhan akan manusia itu sentiasa dalam keadaan lalai dan alpa kecuali mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa.
Sebab itu, kekuatan kekeluargaan
mampu untuk kita merasai rencam kehidupan dengan syarat keluarga itu mempunyai
nakhoda yang mempunyai ilmu pengurusan bahtera keluarga sakinah yang mampu
menerjang badai ombak yang sentiasa menerjah serta di perkuatkan dengan
anak-anak kapal yang mampu mendengar arahan dalam kerangka tolak ansur dalam
agama. Ironisnya, keadaan ini semakin hari semakin mengikis. Semakin hari
semakin menipis. Sungguh, elemen keyakinan pada diri dan unsur-unsur
“chemistry” perlu di aplikasi agar bahtera keluarga sakinah dapat di
realisasikan pembinaannya dan dapat direalitikan pergerakannya.
Apa yang menjadi persoalan
adalah, bagaimana sebuah keluarga itu dapat memenuhi keperluan dan kehendak
ahlinya sesuai dengan peredaran masa dan ketika? Apakah sandaran yang mesti
setiap ahli keluarga faham dan mengerti dalam menghadapi ujian dan cabaran?
Cuti ini, saya di beri peluang untuk mempelajari ilmu kekeluargaan. Sungguh,
dengan diri yang naïf, diri yang tidak pernah mentadbir keluarga pastinya tidak
layak untuk menasihati mahupun memberi kupasan idea-idea kepada mereka yang mempunyai
Phd dalam ilmu keluarga ini, namun ia tidak pernah menjadi batu penghalang
untuk sama-sama kita renungi dan melakukan semak dan imbang terhadap diri kita.
Pada hemat saya, setelah
menulusuri beberapa peristiwa dlaam cuti ini, saya yakin sebuah keluarga MESTI
dan PERLU bergerak selari dan meletakkan keluarga tersebut sentiasa berada
dalam orbit RASIONAL dan TOLERANSI. Mengapa? Sebab dengan DUA elemen ini dapat
membantu atau disebut sebagai “propeller” kepada bahtera keluarga tersebut agar
smapai pada destinasinya.
RASIONAL
Dalam kaedah ilmu agama, ada
empat perkara yang boleh menghilangkan sifat sabar iaitu
1. Tergopoh
gapah
2. Marah
3. Sedih
yang teramat
4. Putus
asa
Jikalau kita perhalusi empat
perkara ini sangat jauh denga sifat rasional seorang manusia. Manusia yang
sihat mampu untuk mengawal dan merasionalkan diri berdasarkan
pertimbangan-pertimbangan agama agar dapat mengahdapi badai yang menerjang
bahtera keluarga.
TOLERANSI
Konsep toleransi ataupun berlapang
dada adalah satu konsep murni yang di perkenalkan di atas nama agama dan di
aplikasikan juga di atas nama agama. Ia merujuk kepada pertimbangan seseorang
dalam menilai sesuatu sama ada membawa kepada keputusan baik jika di
seimbangkan dengan baik atau menunjukkan hasil yang buruk jika tidak di
manfaatkan seluruhnya. Justeru, apa yang perlu di tekankan adalah sikap
berlapang dada yang salah satu dari rukun persaudaraan sesama Islam. Toleransi
dalam komunikasi, sikap, perbuatan, serta perletakan sesuatu perkara pada
tempatnya, pengurusan masalah dapat di realisasikan sebaiknya.
Tiada siapa fasih untuk bercakap
mengenai kehidupan. Kerana tiada siapa pun boleh mendefinisikan kematian, yakni
lawan kehidupan yang boleh memperkenalkan kehidupan itu secara jelas dan nyata.
Justeru manusia asyik berbalah dalam mengemudi kehidupan sendiri, apatah lagi
meneladani kehidupan lain di sekelilingnya semenjak dahulu sampailah bila-bila
pun.
Kita bermula dengan kosong, maka
titik ilmu kita juga bermula di situ. Dan di situlah wajib bagi Muslim dan
Muslimah mempelajari agama agar mereka terhindar dari apa yang diharamkan Allah
dan mengerjakan apa yang diperintahNya.
PEMBENTUKAN KELUARGA HARMONI
Dalam soal membentuk institusi
keluarga yang bahagia dan mendamaikan, sebagai contoh, tidak perlu kita
banding-bandingkan keluarga A yang ibu bapanya sudah berpisah mahupun tiada,
manakala keluarga B, ibu bapanya hidup aman dan harmoni. Kerana kedua-duanya
mampu mencipta bahagia dan damai itu sendiri dengan cara yang benar yakni ILMU
yang berlandaskan agamaNya.
Ibu bapa dan anak-anak merupakan
aset penting dalam saling mengalirkan ilmu yang berlandaskan syariat dariNya.
KERANA KAU IBU DAN JUGA KAU BAPA
Seringkali kita mendengar seorang
ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan mahupun kesalahan yang
dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan
kata kotor ataupun doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan. Dan ibu tidak pernah merasa bersalah atau
berdosa atas perbuatannya itu serta terus meninggalkan permata hatinya itu
menangis.
Sememangnya tugas sebagai ibu
sangat berat, ibarat pekerjaannya mempunyai jam kerja yang tidak terbatas.
Membasuh baju, memasak, melayani suami, mengurus rumah, menggosok pakaian dan
sebagainya. Aduh, kasihan sungguh kaum ibu. Mungkin kerana letih dan perlu
melakukan seorang diri membuatkan dia mengeluarkan kata-kata yang tidak baik
kepada anak mereka.
Dan biasanya seorang ayah yang
mendengar kadang hanya berdiam diri sahaja. Lalu bagaimana sebenarnya Islam
memandang hal ini?
Itulah yang dikatakan apabila
seseorang jauh dari penghayatan Islam yang mulia, maka mampu menyeret mereka
dalam dosa dan maksiat bahkan secara tidak sedar menzalimi diri mereka. Islam
itu indah dan sempurna. Inginkan TOLERANSI dan KESABARAN yang berpanjangan agar
setiap perkara diselesaikan dengan cara yang baik dan benar.
Islam melarang ibu bapa melaknat
anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri
ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan
perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan.
Mungkin masalah ini agak rumit
untuk diselesaikan, kerana anak tidak boleh mengecilkan hati kedua ibu bapanya.
Sebagai anak yang bertanggungjawab untuk memelihara dan mencegah kedua ibu
bapanya dari siksaan api neraka Allah yang sangat dasyat, maka perlu menegur
mereka dengan cara yang hikmah.
Ada setengah ibu bapa lebih suka
dengan cara berbincang dengan anak-anak mereka dan ini mungkin senang dan
mudah. Tetapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang ego atau tidak mahu mendengar
teguran anak-anak mereka dengan alasan mereka lebih dahulu makan asam garam
dari anak-anak mereka?
Mungkin ibu bapa seperti ini
boleh ditegur dengan menggunakan orang lain yang rapat dengannya yakni yang
mereka percaya dan hormati.
Bagaimana pula bagi ibu bapa yang
langsung tidak boleh terima teguran anak, saudara, teman mahupun sesiapa
sahaja?
Agak sukar dan perlu strategi
yang baik menurut kemampuan anak tersebut. Selalunya teguran itu menjadi
kesalahan, mereka mengatakan bahawa anak tersebut derhaka dan masuk neraka.
Persoalannya siapa yang derhaka
dan siapa yang berdosa?
Yang menjadi berdosa apabila
teguran itu menggunakan perkataan kesat, kasar dan sebagainya.
Duhai yang bergelar IBU, BAPA dan
ANAK,
· Ingatlah Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah
bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita.
· Kita juga dulunya anak yang nakal dan menyakitkan orang tua kita.
· Beristighfar;
· Berdoa kepada Allah kerana hati ibu dalam genggamanNya;
· Bersikap tenang dan merasa cukup dengan pahala dari Allah memadai buat jasamu. Kerana anda harus bersedia menerima sikap orang yang mengingkari kebaikanmu.
· Kerjakanlah kebaikan dengan mengharap redha Allah semata-mata. Pujilah Allah atas kebaikanmu kerana tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah.
· Kita juga dulunya anak yang nakal dan menyakitkan orang tua kita.
· Beristighfar;
· Berdoa kepada Allah kerana hati ibu dalam genggamanNya;
· Bersikap tenang dan merasa cukup dengan pahala dari Allah memadai buat jasamu. Kerana anda harus bersedia menerima sikap orang yang mengingkari kebaikanmu.
· Kerjakanlah kebaikan dengan mengharap redha Allah semata-mata. Pujilah Allah atas kebaikanmu kerana tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah.
Yakinlah, tiada siapa pun mampu
menolak agama daripada kehidupannya. Kerana ia adalah faktor utama yang telah
membentuk diri dan kehidupannya. Maka manusia, kehidupan dan agama tidak
mungkin terpisah. Kehidupan di dunia ini terlalu kecil untuk dijadikan syurga.
Dan terlalu besar pula untuk disusun atur dengan kehendak sendiri. Ia begitu
jauh untuk menjadi milik kita. Manusia, daripada kesakitan yang dialami dan
ujian yang ditempuhi itulah dia akan dikurniai masa untuk kembali berfikir.
Allahu'alam...
pencerahan oleh RaB_AF
0 ulasan:
Catat Ulasan