Kehidupan adalah satu proses.
Dari kita di lahirkan ke dunia,
dibesarkan, diberi makan, dihantar ke sekolah, masuk asrama, masuk matrikulasi,
lanjutkan pelajaran ke university, konvo, bekerja, berkahwin, kemudian melahirkan
anak, persiapan untuk mati, kematian, bangkit semula, di soal, syurga dan
neraka.
Berdasarkan apa yang saya
nyatakan di atas itulah keadaan kita sebagai manusia, sebagai seorang hamba
Allah. Sudah BERBUIH ustaz dan ustazah, mak ayah, cikgu, atuk nenek, tokki dan
segala macam manusia mengingatkan kita tujuan utama Allah ciptakan manusia
adalah untuk BERIBADAH kepadaNYA, menzahirkan rasa kehambaan kepadaNYA.
Maka yang membezakan kita dan
manusia lain adalah ILMU, AMAL, IMAN, TAQWA. Dalam bahasa mudahnya ia adalah
AGAMA. Beza kita terletak pada satu perkataan satu kepada banyak iaitu AGAMA. Sekali lagi di ulang AGAMA. Ini
mebezakan kita dan meletakkan kita sama ada kita adalah insan beragama atau insan
yang mengamalkan agama.
Berkata seorang Jeneral Komunis,
Seorang askar yang berfahaman
komunis yakni kita sedia maklum bahawa mereka adalah atheis, tidak mempercayai
Tuhan mengatakan seperti di atas. Apa respon kita pada kata-katanya??? Letak
mana kedudukan kita sebagai hamba Allah.
Sepanjang latihan industry saya
di Taman Buaya Melaka, bergaul dengan masyarakat di sana, staf-staf dan melihat
kepada proses kehidupan mereka, saya tertanya-tanya…. Apakah kerja kita, keluarga
kita, harta kita, pangkat kita, wang, anak-anak kesenangan kita lebihkita
CINTAI dari menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya?? Semuanya Allah telah
rakamkan dalam Al-Quran surah al-kahfi. Rujuk ayat al-kahfi tentang almaalu wal banuuna..
Kesimpulan yang saya mahu katakan
di sini adalah,
Buatlah apa yang kamu mahu di dunia ini dan jangan sesekali melewati
BATAS REDHA ALLAH pada diri kita.










0 ulasan:
Catat Ulasan