Pagi tadi saya mendapat tahu bahawa ada saudar di kampung telah meninggal dunia.Jadipun saya bergegas ke kubur bagi memenuhi hak sesama muslim.Apa yang menariknya saya berpeluang untuk melahad kubur bagi merasai detik kembali ke tanah yang mana asalnya diri kita ini adalah tanah.Apabila saya turun,terus sahaja pelbagai persoalan berkejar-kejaran di dalam kepala otak saya.Adakah sudah saya bersedia untuk tinggal di dalam `rumah` ini?seribu pertanyaan membugkam di minda saya.Sungguh berat.
Melihat tanah-tanah yang menyaksikan diri saya di hentam oleh malaikat ALLAH adalah perkara memeritkan.Itulah pengalaman saya yang menyebabkan saya terpaksa menghitung amalan untuk dijadikan `karpal singh` ketika dalam kubur.
Namun,perkara tersebut hanyalah retorik dan khayalan belaka.Sekembalinya saya ke atas dari liang lahad tadi,berderai hilai tawa manusia yang seronok bersembang dengan rancaknya bagai di kedai kopi.Tiada langsung merasai hormat kerana sambil meroko sambil bercerita perkara kosong dan tidak kena pada masanya seprti bola sepak,pakaian,pekerjaan dan politik.Tidak ada masa lainkah untuk dibincang akan perkara tersebut?tidak bolehkah menghormati si mati?di mana letaknya minda mereka?
Nah!inilah akibatnya serta kesannya apabila meminggirkan quran dan hadis dan meninggalkan ilmu.Sepatutnya kita mesti menuruti hadis nabi bahawa ziarahlah orang mati hingga ke kubur mudah-mudahan menjadi perangsang kepada diri kita.Susahkah?Tuhan tidak menzalimi manusia bahkan manusia yang menzalimi diri sendiri.Hari ini berlaku,akan datang?tiada siapa pun tahu.
Sepatutnya para hadirin yang datang perlu mengambil iktibar bagaiman mahu memperbaguskan ibadah.sayang,hari ini kematian tiada menginsafkan.








0 ulasan:
Catat Ulasan